Saturday, January 9, 2016

Shawls Giveaway by Lollipop Manis

Assalamualaikum..

Hai korang jom join segmen GA by lollipop manis nie.

Untung2 korang dapat shawls free tau.

Bukan sahaja korang dapat shawls, (kalau ade rezeki la kan) yang pasti korang akan dapat kawan2 baru juga.

Seronok ke seronok?


Klik banner tuk join GA

SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERJAYA.

WANZA COMEY 😀


YA ALLAH, KUATKANLAH IMANKU..

.. Baginda Nabi Shallallahu alaihi wa sallam bersabda (mafhumnya):

. Akan tiba masanya atas ummat ku di mana ke khusyu'kan dlm solat akan hilang.

. Akan tiba masanya atas ummat ku banyaknya kematian secara mengejut.

. Akan Tiba masanya atas ummat ku  banyak nya gempa2 bumi.

. Akan tiba masanya atas ummatku di mana seseorang muslim itu tidak akan mengucapkan salam kecuali kepada orang yang ia kenal shj.

. Akan tiba masanya atas ummat ku  banyak terjadi pembunuhan sesama sendiri.

. Akan tiba masanya atas ummat ku manusia saling berbangga-bangga dengan perbuatan maksiat mereka.

Para sahabat bertanya " Bilakah itu akan terjadi wahai Rasulullah ?

Rasulullah saw menjawab " Semua itu akan terjadi di akhir zaman, maka apabila hal itu sudah terjadi maka tunggulah saat kedatangan hari kiamat.

.. Hampir2 semua yg disebut itu berlaku di zaman kita.

. Adalah Hari-hari yang sangat Ganjil.

Ibu2 & bapa2 hanya mementingkan makanan yg sedap dan pakaian yg cantik2 shj terhadap anak-anak mereka.
Namun mereka lupa menanam ajaran agama dan akhlak kpd anak2 mereka.

. Hari-hari yang ganjil.

Para pekerja tidak ikhlas bekerja dengan alasan gaji yg diberi tidak berpatutan / sedikit.  Namun mereka lupa sesungguh nya Allah memberkati rezeki yang halal dan menghilangkan berkah dari rezeki yang haram.

. Hari-hari yang ganjil

Pemuda dan pemudi berjam-jam menghabiskan waktu mereka jalan-jalan dan berpeleseran di Mall atau
di Pasaraya.  Namun mereka merasa letih dan berat utk mengerjakan solat walau hanya satu rakaat.

. Hari-hari Ganjil.

Pemuda dan pemudi asik mendengar lagu-lagu dengan hati yang girang gembira.  Namun jika utk mendengar firman-firman Allah, hati mereka menjadi sesak, seolah-olah mereka hendak naik ke langit sedang mereka tidak tahu bahwa perkara yang halal tidak boleh bercampur dengan perkara yang haram.

. Hari-hari sangat ganjil.

Kita  bersungguh2 berusaha sehingga mampu membeli apa yang kita suka, yg enak-enak dan yang bagus-bagus, murah atau mahal, kita sanggup membayar nya walaupun dengan berapa harga sekalipun, namun ketika kita ingin menderma kedlm tabung masjid, kita akan memilih wang kita yg paling kecil sekali utk dimasukkan kedlm tabung derma.

. Hari-hari yang  ganjil.

Kita set alarm sblm tidur takut terlambat bangun utk pergi kerja.  Namun kita lupa utk setkan alarm utk bangun menghadap Allah ketika solat subuh.

. Hari-hari  sangat ganjil

Kita saling caci dan membicarakan keburukan makhluk-makhluk Allah, Namun kita lupa akan firman Allah "Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di datangi malaikat pengawas yang selalu hadir" .

. Hari-Hari yang ganjil.

Kita mengeluh dari banyak nya musibah dan bencana, namun kita lupa akan firman Allah " Maha Suci Allah yang telah menggerakkan kendaraan ini utk kami padahal kami tiada kuasa menggerakkannya".

. Hari-hari yang ganjil.

Ibu2 & bapa2 membiarkan saja isteri dan anak perempuan mereka memakai pakaian dengan menampakkan aurat bahkan menimbulkan fitnah kpd org lain tanpa ada rasa bersalah dan tidak berani untuk mencegahnya dengan alasan itu adalah hak asasi manusia, kubur masing2 dll....

. Hari-hari yang ganjil.

Pada saat pesan ini sampai kepada mu, maka dengan engkau telah menjadi salah seorang yang berkongsi dalam memberikan peringatan tentang peraturan serta syariat Allah dan sunnah-sunnah Nabi Muhammad sollallaahu alaihi wa sallam.

Apa yang kami harapkan darimu adalah turut serta menghidupkan sebahagian dari sunnah Nabi saw ini walau hanya dengan satu perbuatan sunnah shj.

Memelihara Hadis yang mulia dengan demikian Anda telah bersama2 dengan kami dalam menyebarkan sunnah-sunnah Rasulullah sollallaahu alaihi wa sallam.

Jadilah anda salah seorang  yang mengajak kepada kebaikan.

✳c&p
😊 peringatan buat diri sendiri.

Friday, January 8, 2016

SEGMEN : Jom Tukar Bloglist by Lyssasecret.Com

Assalamualaikum..

Malam nie nak join segmen Lyssa la..macam seronok plak tambah rakan2 baru nie.

Jom kawan2 kita join.


Nak join Segmen ni ? 50 blogger yang terawal dan mengikut kesemua syarat akan terpilih ! First come . First serve ! :D

Caranya mudah sahaja !

SYARAT WAJIB





1. Buat SATU entri bertajuk --->  SEGMEN : Jom Tukar Bloglist by Lyssasecret.Com
2 . Kemudian , ikut step seterusnya di blog Lyssa ye ----> http://www.lyssasecret.com/


**Boleh tambah ayat korang sendiri mengikut kreativiti masing-masing**

Alhamdulillah..rezeki Jumaat 😗😗

Assalamualaikum..

Hai korang, buat ape tue. Alhamdulillah tak sangka wanza terpilih dalam Segmen 12 Jam Bloglist #18 Mialiana.com by kakak mia yang cantik.


Bila da terpilih nie sangat seronok tau. Sebab wanza nie newbiess lagi dalam dunia blog, dan ini yang pertama wanza dapat sejak join segmen yang dianjurkan oleh rakan2 blogger.

Rase seronok tue tak dapat nak digambarkan. Lagi2 kalau dapat hadiah lagi la wanza seronok..hehe

Btw thanks sis MIA sudi letak wanza dalam senarai bloglist sis. Tahniah buat semua dan semoga rakan2 blogger dimurahkan rezeki.
Sudi2lah semua berjalan kat sini ye.

Thursday, January 7, 2016

Ceria pagi dihari Jumaat

Assalamualaikum..

Hai apa khabar semua? Sihat ke sihat?
Wanza mendoakan agar rakan2 blogger yang baca nie sentiasa dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, di permudahkan urusan dunia dan akhirat.

ALHAMDULILLAH..wanza sihat, sihat sangat2..sebelum nie dicalit dengan sedikit ujian..biasala kan..normal kehidupan.

Liku3 macam nie la yang membuatkan kehidupan kita berwarna warnie..haaa gitue.

Sekejap je kan mase berlalu..tup tap tup tap dan 8 january dah. Wanza still rase tak matang lagi nie. Usia makin tahun makin meningkat. Haaii badan, cepat2 la matang. Pemikiran dan ibadat tue kene la pertingkatkan..baru la hidup lebih maju dan berjaya dunia dan akhirat. Betol x?

Hehe..oke lah, wanza nak stop dulu, sebab wanza nak g sarap dah nie.. makan meee hun ja..


Sunday, January 3, 2016

My Little Yellow 😊😊

Assalamualaikum..

Hari nie wanza nak habak mai, adik kakak abang semua.

Tengok la sini jap..

Harga si little yellow after one year.

Comey kan?

Untung ka untung?

Perbezaan harga selepas 1 tahun

1gram 1bulan 1familia


Lakaran Baru Kehidupan

Assalamualaikum sahabat syurga semua.

Ya Allah..busy pelik sangat 2 3 hari nie.. Allah tarik nikmat lapang sekejap, sebab Allah nak bagi sesuatu yang indah selepasnya.

Macam mane azam tahu baru, semua da ade ke? Wanza pon ade beberapa azam, wanza harap sangat, tahun nie dapat memenuhi beberapa azam yang wanza da buat tur..in shaa Allah..semoga Allah permudahkan segala aturan hidup wanza.

Wanza jugak nak pastikan tahun nie, kehidupan wanza lebih baik dari tahun2 sebelumnya. Semoga dengan pertambahan usia dapat meningkatkan keimanan kita terhadap pencipta kita.


Ya Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Kau ampunilah dosaku Ya Allah,
Kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku Ya Allah,
Kau ampunilah dosa adik beradikku Ya Allah,
Kau ampunilah dosa kawan2 ku Ya Allah.

Kau panjangkanlah usia kedua ibu bapa kami Ya Allah,
Kau haramkanlah api neraka dari menyapa muka kedua ibu bapa kami Ya Allah,
Ya Allah, kau peliharakanlah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka memelihara kami sewaktu kami kecil ya Allah.

Ya Allah, kau jauhilah kami dari perkara yang lalai ya Allah,
Kau peliharakanlah kedua mata kami, telinga kami, mulut kami, tangan dan kaki kami dari perkara2 yang menjauhkan kami daripadaMu Ya Allah.

Kau matikanlah kami dalam kedaan ynag beriman kepadamu Ya Allah.

Amiin Ya Rabbal Alaminnnn.ei