Tuesday, July 30, 2019

ULSER | PUNCA ULSER MULUT

Few days ni aku rasa tak de idea la nak menulis. Yela bila bibir kau tengah bengkak gara2 ulser memang mood pon mula la pegi mane2. Nak bercakap pon malas, nak makan minum pon jadi payah. Part yang paling sakit bilamana kau nak gosok gigi. Aduhhh sakit woooo..haha 

Korang mesti pernah terkena jugak dengan ulser ni kan. Disebabkan aku stress dengan mende alah ni. Aku search la penyebab/punca/faktor yang menyebabkan berlakunya ulser. Ada jugak sesetengah orang kita panggil ulser ni dengan MATA IKAN. Bagi aku kau nak panggil gajah ke ape ke, suka hati kau lah tapi yang pasti bila dah terkena tu, mau seminggu  dua gak la nak sembuh. 


pic : ihsan en google

Gambar yang aku tunjuk kat sini sebijik sama dengan apa yang aku alami sekarang. Tapi aku punye ulser ni lebih besar kalau nak dibandingkan dengan gamba diatas. Betul2 plak tu dekat dengan gigi plus dipermukaan bibir, menyirap betul bila teringat sebab apa ulser dalam mulut aku ni ada.

Nak dipendekkan cite, sebenarnye aku tergigit bibir bawah mase aku menikmati makan malam dengan keluarga aku. Lepas tergigit tu kan, aku dah rase dah darah mengalir kat bibir. Memang dah agak la sebenarnye jadi ulser, tapi yang aku rase geram sebab dah hampir seminggu tak hilang2 lagi.

Aku terbaca dan terjumpa perkongsian tentang punca2 yang menyebabkan ulser dari laman Facebook milik Dr Ezairy Korang boleh tengok facebook Dr Ezairy, banyak sangat info dan ilmu yang bermanfaat dia share.


Penyebab/ Punca/Faktor yang menyebabkan berlakunya ulser.

1. Stress
2. Jangkitan Virus
3. Perubahan hormon
4. Faktor genetik dan keluarga
5. Penjagaan dalam mulut yang kurang baik 'Poor oral hygiene'
6. Luka akibat trauma daripada proses mengunyah atau memberus gigi
7. Kekurangan vitamin seperti vitamin B, C dan E
8. Sesetengah jenis ubat.

Menurut saranan Dr Ezairy, sekiranya dalam mase 3 minggu ulser masih lagi tidak menunjukkan perubahan yan positif, mohon dapatkan pemeriksaan doktor tuk dapatkan rawatan yang segera.

Kalau ikot petua orang2 lama, letak garam dalam ulser tu. Tapi aku memang tak la nak buatnye. Tak sanggup nak rase kepedihan dia. Ni jela ubat yang aku biasa letak. At least, rase sakit tu kurang la sedikit nak2 time kau nak makan. Tapi rase ubat tu buat aku tak selesa sangat la. Dia rase macam payau2 sedikit.  



So, aku nak pesan skit jela, sekarang ni musim panas. So better korang minum air mineral/ kosong secukupnya. Jaga kesihatan elok2. Yela semua benda kat badan kita nak guna lama. Kalau kita tak sayang diri kita, sape lagi yang nak sayang.

okaylah, aku nak stop sini dulu. Segala maklumat mengenai info2 kesihatan dan sebagainya korang boleh la rujuk dari facebook Dr Ezairy, aku dah letak siap2 link dia buat rujukan semua orang. 

Assalamualaikum.



Monday, July 29, 2019

PERTABALAN | YANG DI-PERTUAN AGONG YANG KE 16

Daulat Tuanku!

Merafak sembah dan setinggi ucapan tahniah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah sempena pertabalan Ke-Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Yang Ke 16 Di Istana Negara pada 30hb Julai 2019.

Semoga Allah merahmati dan memberkati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.



Kredit photo : @istana_negara

LIRIK | LAGU CINTA LUAR BIASA BY ANDMESH KAMALENG

CINTA LUAR BIASA



Waktu pertama kali
Kulihat dirimu hadir
Rasa hati ini inginkan dirimu
Hati tenang mendengar
Suara indah menyapa
Geloranya hati ini tak kusangka
Rasa ini tak tertahan
Hati ini selalu untukmu~

Terimalah lagu ini
Dari orang biasa
Tapi cintaku padamu luar biasa
Aku tak punya bunga
Aku tak punya harta
Yang kupunya hanyalah hati yang setia
Tulus padamu~

Hari-hari berganti
Kini cintapun hadir
Melihatmu, memandangmu bagai bidadari
Lentik indah matamu
Manis senyum bibirmu
Hitam panjang rambutmu anggun terikat
Rasa ini tak tertahan
Hati ini selalu untukmu~

Terimalah lagu ini
Dari orang biasa 
Tapi cintaku padamu luar biasa
Aku tak punya bunga 
Aku tak punya harta
Yang kupunya hanyalah hati yang setia
Tulus padamu~

OooooooOoooo

Terimalah lagu ini..ermmmm
Dari orang biasa 
Terimalah lagu ini
Dari orang biasa 
Tapi cintaku padamu luar biasa
Aku tak punya bunga 
Aku tak punya harta
Yang kupunya hanyalah hati yang setia
Yang kupunya hanyalah hati yang setia
Terimalah cintaku yang luar biasa
Tulus padamu~




AKU | BERMUSAFIR DIBUMI TUHAN

Semalam, hari terakhir aku dikampung. Rase berat hati giler nak meninggalkan kampung. Nak meninggalkan mok yang masih tak berapa sihat. Aduhhh dugaan betul jadi anak yang bekerja diperantauan ni. 

Ni gamba sempat aku amik sebelum bertolak semalam. Saje jela nak selitkan kenangan kat sini. Aku ni kan memang seorang yang suka amik gamba, giler sangat bergamba. Hahhaha.. Bagi aku apa yang berlaku hari ni, saat ni sesuatu yang tak dapat nak di undur balik. Sesuatu yang begitu bermakna. 

Sohargailah apa yang ada dihadapan kau walaupon sebesar zarah. Aggitchuuuu


So dalam jam 11.40am aku gerak dari Ketengah Jaya menuju ke KemamanG Idamang. Niat dihati nak gerak terus ke Pengerang, sekali kakak aku ajak singgah sini dulu semata2 nak beli kepok. 


Kalau korang pergi ke kemaman, aku rekemen sangat korang singgah KEROPOK CAP DELIMA. Memang kepok lekorrr dia padduuuuu padduuuuu.. 


Gembiranye hati dia boleh beli keropok lekor. Senyum mewekkk haha


Korang tengok la sendiri. Aduuhh luluh iman aku tengok kepok ni. Mengancam weyh. AKu memang xleh TAHAN, Hantu kepokk. Kalau korang yang tak pernah tengok kepok lekor, Haa gini la bentuk dia ye. 


Kemain aihhh duk beratur panjang. Dah la panas lakk tu. Disebabkan nak jugak, gigih la Abg ipar aku beratur. Tp dalam gamba ni dia takde. Sebab dia duk blakang lagi. Ramai kottt

Kakak aku cakap, tiap kali datang kedai ni tak sah tak ramai orang. Memang selalu beratur panjang.


Akak yang hujung sane tu sedang menggotel kepok lekor. Hahaha aku xjmpe word yang sesuai. πŸ˜‚πŸ˜…


Kakak aku belanja kepok goreng rm 5. Aku lupa nak kira betapa batang. Tapi sies weyh lembuittt nak mampuihhh. Korang patut try la. 


Haa bg gamba close out skit. Bagi la piza ke mekdi ke, ape ke, Kepok goreng time panas2 ni jugak yang winnn! 


Disebabkab aku rase lapar lagi. Aku pegi beli satar plak. Satar dia pon sedappppp giler weyh. Uwaaaaa dah nape sedap sangat ni. 


Tengok macam ni pon dah rase terliur, Kalau korang rase memang korang beli lagi n lagi. Akak tak hover dikk. Akak memang beli banyak. 


Satar dia ni lembut, memang lembut. Aku beli  Rm 5, dapat 10 biji satar. Dah la aku makan kepok banyak. Tambah plak yang ni. Memang bertan2 lah berat aku naik. 😩


Abang ipar aku beli berapa plastic tah. Aku cilokk dua plastic. Gigih beratur tengah panas semata2 nak dapat kepok rebus ni. Kau memang hebat. Haha


Disebabkan makan banyak sangat, perut anak buah meragam plak nak melabur. Kih kih2. 


Mak lang dia pon gigih nak bergamba jugak. Hahaha. Nanti zulaikha, humaira n hawa besar, mak lang tunjuk gamba time korang kecik ye. 😘

Okay dah setel semua urusan, jom la meneruskan perjalanan yang panjang. Hampir 9 jam duk atas kereta, akhirnye sampai jugak ke bumi Pengerang. 



Dalam jam 9 malam baru la driver Punj Lloyd datang amik aku. Dalam 30 minit gak la aku tunggu dia. Sabarrrr jela. Pape pon. Alhamdulillah, akhirnye aku selamat sampai ke sini. Rase travel kali ni la lame la pulaakk. 

Okaylah aku dah penat. Bye πŸ€—



Friday, July 26, 2019

RESEPI | PUDING ROTI SIMPLE

Alhamdulillah, mok is getting better. Even tangan kiri dia xleh gerak lagi. Tapi mok dah semakin sihat. Sambil2 jaga mok, bila ade kesempatan aku nak try la sesuatu. 

Memandangkan roti pon dah nak expired, Tibe2 dapat idea nak wat PUDING roti. Yuhuuuu. Ayuhh jom ikot aku berpuding petang ni yok. πŸ˜‚

Bahan2 yang korang perlu ade 

- susu cair 1 tin
- roti keeping (2-3 kpg) 
-Agar2 10gm
-gula 1 cawan
- planta/margerin 1 Sb
- sirap/pewarna (aku pilih kaler merah) 
-air kosong 3 cawan


Step 1 : masukkan 3 keping roti (buang bahagian tepi), carik2kan roti tu. Then, korang masukkan susu cair. Kasi blender ini bahan sampai sekata. 


Haa bila da hancur begini. Baru la puas hati. Uols leh tapis or tak bahan ni b4 masukkan dalam periuk.

Tapi sebab aku malas, aku tak tapiskan pon.

Step 2 : masakkan Agar2 kering tu sehingga hancur tau. Air aku sukat 3 cawan je. 

Lepas dah hancur Agar2 tu, uols leh la masukkan gula secawan. Kalau rase nak manis lagi boleh je nak masukkan betapa banyak yang uols mahu. 

Disebabkan aku bukan kategori yang suka manis sangat, bagi aku secawan tu dah enough dah.

Lepas dah sekata, uols campurkan bahan dari Step 1 ke dalam periuk ni ye. 


Kacau je sampai dia menggelegak. Penat skit jela. Hahaha


Bila dah menggelegak, aku masukkan 1 sudu besar planta ke dalam masakan tadi. Nak bgi dia rase lemak2 gittew. Benda ni tak wajib pon. Nak letak boleh xnak letak pon boleh. Terserah la. PUDING kau bukan PUDING aku. Haha

Bila dah nampak pekat sedikit, aku asingkan bahan tadi kedalam 2 bekas. Satu aku letak pewarna merah, satu lagi aku xletak pon. Amik je yg original colour dia. 


Yang bawah ni aku x campurkan mane2 kaler ye. 


Bila dah ready, jom la letak dalam bekas. Aku tuang yang xde kaler dl diikuti ngan warna pink. Letak bergilir sampai habis.


Aku bajet result dia lebih cantik. Skali ni je Rupa dia. Hahqhha. Takpe lah. Nak wat cane kan. 

Bila da habis tuang semua. Letak PUDING roti kedalam peti selama beberapa jam.  Tapi aku ni jenis yang tak nyempat2. Bila dah keras je, terus aku ngap. 

Selamat menCuba. Dah Cuba meh la komen kat sini ye.✌️
Nak share, 'nak guna resepi silakan πŸ€—
#pudingrotiviral
#pudingrotisimple
#dapurwan
#dapurorangbujang

Thursday, July 25, 2019

DOA | Tiada yang berkuasa melainkan DIA 🀲

Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Kau permudahkan segala urusan kami ya Allah.

Kau luruskan segala simpulan kami ya Allah.

Kau ringankan segala dugaan kami ya Allah.

Kau tambahkan rezeki kami seperti air terjun yang mengalir tanpa henti ya Allah.

Kau pertemukan kami dengan orang yang baik2 dan yang sentiasa memudahkan urusan kami ya Allah.

Kau peliharakan kami daripada sebarang perkara yang memudaratkan kami dan keluarga kami ya Allah.

Kau sembuhkanlah tangan kiri ibuku ya Allah.

Kau peliharakanlah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka memelihara kami sewaktu kami kecil ya Allah.

Amin ya rabbal alamin.

#allahumasollialamuhammad

SEPETANG | MELIHAT PANTAI PAKA

Semalam aku kuar ke pekan nak cari ubat tangan mok. Disebabkan rase lame sangat tak pakai baju kurung. Terus amik then iron kan baju tu. 

Sampai mok aku pelik, dah nape tibe2 pakai baju kurung lak. Biase kalau tak skirt mesti seluar trek. Haha


Usai membeli barang, kami odw pulang melalui jalan pantai. Ya Allah, rupanye pantai paka ni dah banyak yang berubah.

Dah banyak kedai/gerai yang duk menjual area sini. Banyak la makanan yang dyeorg jual. N perkara wajib kalau kat ganu ni is keropok lekor. Weyh tu peveret aku kot.

Memang tak sah kalau tak makan. Tapi disebabkan semalam, kakak aku tak solat lagi. Kami rushing la pulang ke rumah.

Odw pulang tu, kitaorng sempat behenti kat kandang kuda, bergamba ngan kuda b4 pulang. Actually nak bagi anak buah tengok je pon. 

Tapi rase tak lengkap kalau tak bergamba skali. Kihkih. Eh korang ingat kuda tak pandai selfi ke.  Haa tengok la gamba kat bawah ni. Pandai plak dia tengok camera.
Aku rase muka aku pelik je bergamba kali ni. Takpelah. Layan jela. Hahha


K lah bye, aku nk g makan satt. 

Tuesday, July 23, 2019

SYURGA | Syurga Itu diTelapak KAKINYA IBU

Selagi tak kawen, Mok & We ku adalah syurgaku. Berbakti untuk mereka sedikit pon tak pernah rase ia sesuatu yang membebankan. Serius aku bangga dapat tolong & bantu mok aku saat dyeorang perlukan aku.

Dapat mandikan mok macam mok mandikan aku mase baby dulu, sesuatu yang tak dapat digambarkan dengan kata2. Kalau nak dibandingkan dengan apa yang mok da buat untuk aku memang tak dapat nak dibalas. Terlalu besar pengorbanan dyeorang.


Sekarang bila keadaan mok macam ni. Sedikit pon aku tak rase geli untuk buat perkara yang sama.

Inilah hikmah yang ALLAH nak bagi pade aku bila kau masih tak berkahwin lagi. Sebab tu aku tak kisah bila jodoh akan tiba. Sebab aku yakin dengan apa yang ALLAH nak bagi pade aku, In shaa ALLAH, janji ALLAH itu pasti. Jodoh itu pasti datang pada waktu yang tepat dan dengan orang yang tepat.


Aku rase aku anak yang bertuah sebab aku boleh tolong mok aku bila2 mase. Sampai aku penah fikir, even bos marah aku sekalipon, aku tak kisah dah. Bagi aku, Ibu ni TIADA GALANG GANTI. Keje boleh dicari, tapi IBU? HANYA SATU DISISI.

ALHAMDULILLAH, walaupun aku balik kejap je, IN SHAA ALLAH aku akan cuba buat yang terbaik tuk jaga mereka.

Aku sangat berterima kasih kepada kakak Wan Rokiah dan Adik Akim sebab banyak bantu dan jaga mok we sepanjang aku n Adik bradik yang lain berada diluar.


ALFATIHAH untuk mok dan we, aku doakan semoga mok dan we sentiasa dalam lindungan ALLAH SWT.





Monday, July 22, 2019

AKU | Dilema dua pilihan πŸ€”

Bila dah besar ni. Kita akan jumpe dua kategori yang ade dalam diri kita.

Style 1 #selfreward
Beb, mase muda ni kau enjoy la. Nikmati ape yang kau dah usaha atas penat lelah kau.

Kalau kau rase nak travel, kau travel je

Kalau kau rase nak membeli tuk diri kau, kau beli je.



Style 2 #saving
Beb kita da kene saving ni. Banyak benda yang kite nak kene buat. Semuanye perlukan duit. Daripada kite membazir dengan sesuatu yang tak berfaedah baik kita saving.

Eh xya la beli, membazir je ni. Nak buat ape semua ni.

Eh kau dah ade kan mende alah ni. Xya la beli. Simpan dl.


============

Anda kategori yang mane?

MOK | Doakan Mok aku sihat 🀲

Pagi tadi aku dapat berita dari kakak, mok aku jatuh, mase aku dapat berita rase macam kejung jap. Tak tahu nak cakap apa. Allah.. Allah.. Allah.. tu je yang mampu aku ucap.

Hati dah berdebar2 xyah cite la. Sies rase nak nanges, Tapi aku tahan je. Dalam hati aku berdoa mok aku sihat, tak de pape2 kecederaan yang serius.

Lepas sampai ofis., terus aku mintak tolong hantar aku ke kete. Pagi tu jugak aku balik kampung. Tak pikir pape dah. Yang pasti aku nak sampai umah, nak tengok keadaan mok aku je.


Aku rase selama aku drive dari Johor ni ade la amik mase dalam 7-10 Jam. Tapi kali ni aku pecah rekod. Dalam 5 jam lebih je aku dah sampai umah.

Sampai2 je terus cari mok. Keadaan mok masih lesu tak bermaya. Nampak muka mok duk menahan sakit.

Lepas dah tidur dan rehat petang tadi. Mok aku dah makin segar. Alhamdulillah ya Allah. Alhamdulillah.

Tu je yang mampu aku ucap. Akibat dari jatuh pagi tadi, pergelangan tangan mok aku patah. Alhamdulillah, mok dah okay.  Boleh berjalan macam biasa. Allah nak mok rehat dari buat kerja. Doktor dah simen siap2 dah. Bila tengok mok aku bercakap sambil senyum2 rase lega sangat.

Ya Allah kau pelihara dan lindungilah orang tuaku. Lindungilah mereka dari segala kemudaratan dan segala kecelakaan. Berilah mereka kesihatan baik dan kesejahteraan yang abadi. Aamiin.


Pestime aku mandikan mok aku. Rase sayu sangat. Duk teringat mase kecik, mok mandikan aku. Bila da besor sibuk dengan urusan masing2. Alhamdulillah berpeluang jaga mok walapun beberapa hari je aku cuti. 

Kawan2 tolong doakan mok aku cepat2 sihat dan sembuh seperti sediakala ye. Aamiiin


Sunday, July 21, 2019

RAYA | RAYA AIDILFITRI 2019


#throwback

Alhamdulillah.. Allah masih panjangkan lagi usia aku tuk menikmati dan meraikan hari RAYA aidilfitri sama2 dengan keluarga tercinta.

Bila angka usia kau dah meningkat sedikit demi sedikit. Apa yang kau cari adalah kedamaian, kegembiraan dan juga kebahagiaan.

Raya kali ni aku happy dan bersyukur sangat. Masih dapat melihat dan beraya dengan mok dan we lagi. Mok we aku bukannye muda lagi., Tapi as long as mereka sihat, aku dah bersyukur sangat.

Tiap2 kali raye makanan yang wajib ade kat umah mok is ketupat dan jugak nasi minyak. Wajib dua ni. Rendang dan lain2 mok aku xpena buat sangat. Kalau ade pon skali skale jela. Hahaha. Simple je kan family aku. Makanan pon simple jgk.

Cuma kali ni adik ipar aku request nak masak rendang. So terjadi la rendang raye kali ni. Haha

Haa specialnye raye kali ni aku buat tapai sendiri. Satu kejayaan jugak buat diri sendiri. Dl nenek aku pakar buat tapai, Tapi sayang mok aku xleh wat. Tiap kali wat mesti xjadi. Harap2 aku dapat teruskan warisan nenek aku kali ni. 

Okaylah aku xnak cite pape dah. Aku nk letak gamba aku kat sini sebagai kenangan buat aku. Tapi ni jela gamba yang sempat aku simpan. Yang lain xleh nak selamat kan dah. Phone aku rosak. Sedih giler. Huhuhu.

Selamat Hari raye AIDILFITRI semua. Dah berlaku rayenye saje nk wish, gelenya kan  Haha. Mok n we, maafkan anakmu Dan halal kan segala makan minum anak mu ya. 


Semoga Allah jaga ke dua orang tuaku. 


Kebahagiaan sebenar melihat dyeorg happy

Mok, doakan kejayaan ha ye. 

Muahhh cikedd πŸ’‹

My hero dunia akhirat. Doakan anak mu ini terus berjaya Dan sentiasa dimurahkan rezeki seperti air terjun yang mengalir tanpa henti. Dan ha doakan Semoga mok dan we sihat sejahtera Dan sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t.

Okaylah itu saje..bye

#throwback
#raya2019

Saturday, July 20, 2019

RAPID | Run for Fun 2019 πŸ€—

Ini kali ke dua aku join #rapidrunfun sepanjang berada di Rapid Pengerang. Tak rancang pon nak join. Tapi bila hujung minggu kau asyik mereput duk dalam bilik. Better do something la kan.

Okay ni muka happy lepas dapat makan sepinggan nasi goreng + air tea panas secawan.



Okay get ready dah nak g kat tempat larian. Dah sampai sane jumpa lak budak ofis subcon. Dah la aku xingat name dia. Tapi selfie tetap on. Bergamba lagi b4 larian. 


Muka dah happy giler nak berlari. Da la xpenah berlatih. Kalau pengsan tolong hantar aku g Spital ea. Hahaha


Dengan Manager Welfare Miss Jaya, Nabila, dan Kak Berta. Bergamba lagi. Yahoo.

Actually aku tak tahu pon Kak Berta daftar tuk larian betapa KM. Aku just ikot seikot2nye. Asalkan boleh kuar kem je. Hahaha. Berkurung dalam Kem lame2 pon tak hellok jugak kan. Bertabah lah selagi berada di sini. Dah2 jom pegi berlari.

Tahniah tuk diri sendiri. #fliphair


Setelah berpenat lelah berlari sepanjang 3KM...weyyy aku dapat no 8 daripada 18 orang perempuan yang join. Tu pon dah rase bangga giler.

Penat giler nak mattey wei. Kau bayang la aku xpena berlatih pon. Masuk larian ni just for fun je. Tak sangka betul dapat no 8.

Kaki pon dah tak rase macam kaki dah. 


Aku terima gamba dari kawan aku. Berdekah aku gelakk. Lawak kot. Tp sies memang waktu ni panas yang amat2 sangat. Huhu. The struggle is realπŸƒ‍♀️


Tengok la ni muka bangga. Kah kah kah. Dapat la kupon Rm 100. Yeayyy tak sabar nak berbelanje kat Point ni. Kalau dapat no 1 kau dapat hadiah laptop sebijik. Untung la sapa yang dapat no 1 tu.


Kak berta umur 59 tapi still lagi gagah join larian weyh. Kalau aku memang tak de maknenye aku nak join. Penat kot. Hahaha kak  Berta dapat no 13 ye. Hebat kan, boleh lawan pesaing2 muda. 

 K lah dah jom la pulang ke sarang plak.  Sebelum tu aku mintak jasa baik Kak Berta amik gamba permandangan dalam Rapid before pulang ke sarang.


Yieehaaaaa. Orang lain da masuk bilik. Aku bergamba lagi. πŸ€—


Percubaan nak melompat tak berapa berjaya dah rupa si katak dah. πŸ˜‚πŸ˜‚


Yela2 dah panjang naw aku duk taip. Nak unboxing ape yang dapat pagi tadi. Taraaaa free gift mug + tuala kecik. Boleh la wat kenang2an di Rapid. Wakakaka

K la sekian coretan hari ni. Penat pon tak hilang lagi ni.

#runforfun
#rapid2019
#wanjamasihberbisa
#21072019