Friday, July 19, 2019

RESEPI | Kekbatiksimpleorangbujang

Semalam duk temenung sorang2. Bosan giler tak tahu nak buat ape. Sekali,.Ting! Tibe2 dapat idea nak membatik.🤗

Memandangkan dalam kem ni kau hanya boleh bawak RICE COOKER sahaja. So pandai2 la nak buat ape.  Tengok dalam pantry nampak ada bahan buat kek batik.


So, alang2 aku buat, meh aku share cara buat kek batik cara orang bujang yang duk hostel guna rice cooker.


Sebelum tu, ni bahan2 dia ya.




-1 paket milo (200gram)
-1 Paket biskut Marie (Tak kisah brand ape)
-1 Sudu besar esen vanila
-1/2 Susu pekat manis (Tak kisah brand ape)
-1 ketul butter (250gram)
-2 Sudu besar serbuk koko

Cara2 nak buat



1. Masukkan seketul butter, sepaket milo, 1 sudu besar, 2 sudu serbuk koko dan 1/2 susu pekat manis ke dalam rice cooker. Kemudian, kacau2 sehingga sekata.

Kacau sehingga bahan cair mcm dlm gamba ni ye. Bahan ni cepat gak berketul. So, kau kene  pastikan sentiasa kacau ye 🤗

Bagi aku rase dia ngam2 dah, Kalau kau nak lebih/kurang manis kau pandai2 lah ejas ye



2. Bila masakan da menggelegak blup blup blup mcm ikan bernafas tu kau kene get ready biskut Marie disisi gittew.

Kalau ade ketul2 kau kacau lg sehingga dia betul2 cair.

Pstt: bila dah menggelegak jangan lupa off kan rice cooker tu. 😊



3. Kemudian masukkan biskut. Sebelum tu, pecah2 la dlu sikit biskut tu. Sukati kaulah nak pecah macam mana. 😂



4. Mula2 tu aku gaul dalam rice cooker. Sekali terkene tangan aku sisi rice cooker tu. Panas weii. Aku geram sebab dah sakit jari jemari cantikkku. Pastu, aku terbalikkan semuanye dalam besen kecik. Haaa padam muka kau!

Kau rata2kan jiwa raga biskut tu. Bagi secukupnye kasih sayang kat dia. 😍



5. Dah sebati masukkan dalam bekas. Dah nama orang bujang kan, bekas gini cukup lah. Pastu simpan dalam peti.😘



6. Selepas semalaman duk dalam peti. Pagi ni aku bawak pegi ofs. Saje je nak jamu geng2 ofis. Alhamdulillah dapat feedback positif. 



Tapi sies sedap weii. 😋😋
Selamat menCuba. Dah Cuba meh la komen kat sini ye.✌️ Nak share, 'nak guna resepi silakan 🤗

#kekbatikviral
#kekbatikbujang
#kekbatiksimpleorangbujang
#versiricecooker

5 comments:

Hai Assalamualaikum,

Thank you for your comment, please welcome back. =)