Monday, June 29, 2020

DUA KAEDAH RAWATAN DIALISIS

Alang2 tunggu we duk wat dialisis.

Aku nak share Info yang aku baru terima dari pakar yang berkaitan dgn buah pinggang
🤗

Rawatan dialisis buah pinggang mempunyai 2 kategori iaitu

1. Hemodialisis
2. Dialisis Peritoneal

#HEMODIALISIS
1. Rawatan hemodialisis biasenye dilakukan sebanyak 3 kali seminggu.
2. Dan rawatan ini boleh dilakukan di pusat dialisis atau pon dirumah.
3. Tiga tempat yang sering dilakukan semasa sesi hemodialisis dilakukan iaitu
a. Leher (sementara)
b. Peha (sementara)
c. Lengan (kekal)

#DIALISISPERITONEAL
Rawatan dialisis peritoneal pula terbahagi kepada dua kaedah.
1. Dialisis Peritoneal Ambulatori Berterusan (CAPD)
2. Dialisis Peritoneal Automatik (APD)

Dua2 kaedah rawatan ini hampir sama, tapi secara detail nye  rawatan CAPD

1. lebih mudah dilakukan
2. tidak memerlukan bantuan mesin
3. Boleh dibuat di rumah
4. Dilakukan sebanyak 4 kali sehari
5. Pastikan keadaan tempat yang hendak dilakukan dalam keadaan bersih dan teratur
6. Berjumpa dengan doktor selepas 3 bulan rawatan dilakukan

Manakala rawatan APD pula,

1.Menggunakan mesin yang membantu menggantikan cecair secara automatik.
2. Dilakukan pada waktu malam
3. Mesin yang digunakan mahal
5. Pastikan keadaan tempat yang hendak dilakukan dalam keadaan bersih dan teratur
6. Berjumpa dgn doktor selepas 3 bulan rawatan dilakukan

Haa satu lagi info, rawatan CAPD dan APD tersebut memerlukan satu pembedahan kecil utk memasukkan satu saluran khusus iaitu satu tiub kekal ke dalam perut sebelum rawatan selanjutnye diteruskan.

Kebanyakkan rakyat kita lebih memilih hemodialisis berbanding CAPD dan APD.
Semoga Allah jaga, lindungi dan jauhilah kedua ibu bapa aku dari segala kemudaratan. Aamiiin 🤲 

No comments:

Post a Comment

Hai Assalamualaikum,

Thank you for your comment, please welcome back. =)