Monday, July 22, 2019

AKU | Dilema dua pilihan 🤔

Bila dah besar ni. Kita akan jumpe dua kategori yang ade dalam diri kita.

Style 1 #selfreward
Beb, mase muda ni kau enjoy la. Nikmati ape yang kau dah usaha atas penat lelah kau.

Kalau kau rase nak travel, kau travel je

Kalau kau rase nak membeli tuk diri kau, kau beli je.



Style 2 #saving
Beb kita da kene saving ni. Banyak benda yang kite nak kene buat. Semuanye perlukan duit. Daripada kite membazir dengan sesuatu yang tak berfaedah baik kita saving.

Eh xya la beli, membazir je ni. Nak buat ape semua ni.

Eh kau dah ade kan mende alah ni. Xya la beli. Simpan dl.


============

Anda kategori yang mane?

Continue Reading

MOK | Doakan Mok aku sihat 🤲

Pagi tadi aku dapat berita dari kakak, mok aku jatuh, mase aku dapat berita rase macam kejung jap. Tak tahu nak cakap apa. Allah.. Allah.. Allah.. tu je yang mampu aku ucap.

Hati dah berdebar2 xyah cite la. Sies rase nak nanges, Tapi aku tahan je. Dalam hati aku berdoa mok aku sihat, tak de pape2 kecederaan yang serius.

Lepas sampai ofis., terus aku mintak tolong hantar aku ke kete. Pagi tu jugak aku balik kampung. Tak pikir pape dah. Yang pasti aku nak sampai umah, nak tengok keadaan mok aku je.


Aku rase selama aku drive dari Johor ni ade la amik mase dalam 7-10 Jam. Tapi kali ni aku pecah rekod. Dalam 5 jam lebih je aku dah sampai umah.

Sampai2 je terus cari mok. Keadaan mok masih lesu tak bermaya. Nampak muka mok duk menahan sakit.

Lepas dah tidur dan rehat petang tadi. Mok aku dah makin segar. Alhamdulillah ya Allah. Alhamdulillah.

Tu je yang mampu aku ucap. Akibat dari jatuh pagi tadi, pergelangan tangan mok aku patah. Alhamdulillah, mok dah okay.  Boleh berjalan macam biasa. Allah nak mok rehat dari buat kerja. Doktor dah simen siap2 dah. Bila tengok mok aku bercakap sambil senyum2 rase lega sangat.

Ya Allah kau pelihara dan lindungilah orang tuaku. Lindungilah mereka dari segala kemudaratan dan segala kecelakaan. Berilah mereka kesihatan baik dan kesejahteraan yang abadi. Aamiin.


Pestime aku mandikan mok aku. Rase sayu sangat. Duk teringat mase kecik, mok mandikan aku. Bila da besor sibuk dengan urusan masing2. Alhamdulillah berpeluang jaga mok walapun beberapa hari je aku cuti. 

Kawan2 tolong doakan mok aku cepat2 sihat dan sembuh seperti sediakala ye. Aamiiin


Continue Reading

Sunday, July 21, 2019

RAYA | RAYA AIDILFITRI 2019


#throwback

Alhamdulillah.. Allah masih panjangkan lagi usia aku tuk menikmati dan meraikan hari RAYA aidilfitri sama2 dengan keluarga tercinta.

Bila angka usia kau dah meningkat sedikit demi sedikit. Apa yang kau cari adalah kedamaian, kegembiraan dan juga kebahagiaan.

Raya kali ni aku happy dan bersyukur sangat. Masih dapat melihat dan beraya dengan mok dan we lagi. Mok we aku bukannye muda lagi., Tapi as long as mereka sihat, aku dah bersyukur sangat.

Tiap2 kali raye makanan yang wajib ade kat umah mok is ketupat dan jugak nasi minyak. Wajib dua ni. Rendang dan lain2 mok aku xpena buat sangat. Kalau ade pon skali skale jela. Hahaha. Simple je kan family aku. Makanan pon simple jgk.

Cuma kali ni adik ipar aku request nak masak rendang. So terjadi la rendang raye kali ni. Haha

Haa specialnye raye kali ni aku buat tapai sendiri. Satu kejayaan jugak buat diri sendiri. Dl nenek aku pakar buat tapai, Tapi sayang mok aku xleh wat. Tiap kali wat mesti xjadi. Harap2 aku dapat teruskan warisan nenek aku kali ni. 

Okaylah aku xnak cite pape dah. Aku nk letak gamba aku kat sini sebagai kenangan buat aku. Tapi ni jela gamba yang sempat aku simpan. Yang lain xleh nak selamat kan dah. Phone aku rosak. Sedih giler. Huhuhu.

Selamat Hari raye AIDILFITRI semua. Dah berlaku rayenye saje nk wish, gelenya kan  Haha. Mok n we, maafkan anakmu Dan halal kan segala makan minum anak mu ya. 


Semoga Allah jaga ke dua orang tuaku. 


Kebahagiaan sebenar melihat dyeorg happy

Mok, doakan kejayaan ha ye. 

Muahhh cikedd 💋

My hero dunia akhirat. Doakan anak mu ini terus berjaya Dan sentiasa dimurahkan rezeki seperti air terjun yang mengalir tanpa henti. Dan ha doakan Semoga mok dan we sihat sejahtera Dan sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t.

Okaylah itu saje..bye

#throwback
#raya2019
Continue Reading

Saturday, July 20, 2019

RAPID | Run for Fun 2019 🤗

Ini kali ke dua aku join #rapidrunfun sepanjang berada di Rapid Pengerang. Tak rancang pon nak join. Tapi bila hujung minggu kau asyik mereput duk dalam bilik. Better do something la kan.

Okay ni muka happy lepas dapat makan sepinggan nasi goreng + air tea panas secawan.



Okay get ready dah nak g kat tempat larian. Dah sampai sane jumpa lak budak ofis subcon. Dah la aku xingat name dia. Tapi selfie tetap on. Bergamba lagi b4 larian. 


Muka dah happy giler nak berlari. Da la xpenah berlatih. Kalau pengsan tolong hantar aku g Spital ea. Hahaha


Dengan Manager Welfare Miss Jaya, Nabila, dan Kak Berta. Bergamba lagi. Yahoo.

Actually aku tak tahu pon Kak Berta daftar tuk larian betapa KM. Aku just ikot seikot2nye. Asalkan boleh kuar kem je. Hahaha. Berkurung dalam Kem lame2 pon tak hellok jugak kan. Bertabah lah selagi berada di sini. Dah2 jom pegi berlari.

Tahniah tuk diri sendiri. #fliphair


Setelah berpenat lelah berlari sepanjang 3KM...weyyy aku dapat no 8 daripada 18 orang perempuan yang join. Tu pon dah rase bangga giler.

Penat giler nak mattey wei. Kau bayang la aku xpena berlatih pon. Masuk larian ni just for fun je. Tak sangka betul dapat no 8.

Kaki pon dah tak rase macam kaki dah. 


Aku terima gamba dari kawan aku. Berdekah aku gelakk. Lawak kot. Tp sies memang waktu ni panas yang amat2 sangat. Huhu. The struggle is real🏃‍♀️


Tengok la ni muka bangga. Kah kah kah. Dapat la kupon Rm 100. Yeayyy tak sabar nak berbelanje kat Point ni. Kalau dapat no 1 kau dapat hadiah laptop sebijik. Untung la sapa yang dapat no 1 tu.


Kak berta umur 59 tapi still lagi gagah join larian weyh. Kalau aku memang tak de maknenye aku nak join. Penat kot. Hahaha kak  Berta dapat no 13 ye. Hebat kan, boleh lawan pesaing2 muda. 

 K lah dah jom la pulang ke sarang plak.  Sebelum tu aku mintak jasa baik Kak Berta amik gamba permandangan dalam Rapid before pulang ke sarang.


Yieehaaaaa. Orang lain da masuk bilik. Aku bergamba lagi. 🤗


Percubaan nak melompat tak berapa berjaya dah rupa si katak dah. 😂😂


Yela2 dah panjang naw aku duk taip. Nak unboxing ape yang dapat pagi tadi. Taraaaa free gift mug + tuala kecik. Boleh la wat kenang2an di Rapid. Wakakaka

K la sekian coretan hari ni. Penat pon tak hilang lagi ni.

#runforfun
#rapid2019
#wanjamasihberbisa
#21072019
Continue Reading

DIET | Misi kuruskan badan kah?

Lately ni rase macam makin berisi la. Kalau dulu2 nak gerak rase ringan je tubuh. Nak buat itu ini pon xde la sampai liat sangat.

Tapi laani, nampak dah macam dugong  ja.. nak gerak pon aihhh xyah duk cakap la. Geram plak kat diri sendiri. Mulut asyik nak kunyah jaa. Perut lak asyik berbunyi dan menyanyi je. 

Lemak dugong  xleh nak cover dah ni. Actually diet ni bukan sebab utama kau nak melawa tapi sebab kau nak sihat tubuh badan. An an an.. Love yourself  more than you love someone else.. Gittewww

Nak tepek gamba kurus skit la, nak wat semangat tuk diri sendiri.  Harap2 insaff skali la ye. Hihi



Kalau uols tahu ape2 supplement or cara yang boleh turunkan berat badan habakkk Mai laa. 

Nak berlawan dengan diri sendiri cane ni. Bila tengok makanan asyik meleleh2 ayaq liur'..Hhahaha

#dugongberlemak
#'misikuruson
#dietuntuksihat


Continue Reading

Friday, July 19, 2019

RESEPI | Kekbatiksimpleorangbujang

Semalam duk temenung sorang2. Bosan giler tak tahu nak buat ape. Sekali,.Ting! Tibe2 dapat idea nak membatik.🤗

Memandangkan dalam kem ni kau hanya boleh bawak RICE COOKER sahaja. So pandai2 la nak buat ape.  Tengok dalam pantry nampak ada bahan buat kek batik.


So, alang2 aku buat, meh aku share cara buat kek batik cara orang bujang yang duk hostel guna rice cooker.


Sebelum tu, ni bahan2 dia ya.




-1 paket milo (200gram)
-1 Paket biskut Marie (Tak kisah brand ape)
-1 Sudu besar esen vanila
-1/2 Susu pekat manis (Tak kisah brand ape)
-1 ketul butter (250gram)
-2 Sudu besar serbuk koko

Cara2 nak buat



1. Masukkan seketul butter, sepaket milo, 1 sudu besar, 2 sudu serbuk koko dan 1/2 susu pekat manis ke dalam rice cooker. Kemudian, kacau2 sehingga sekata.

Kacau sehingga bahan cair mcm dlm gamba ni ye. Bahan ni cepat gak berketul. So, kau kene  pastikan sentiasa kacau ye 🤗

Bagi aku rase dia ngam2 dah, Kalau kau nak lebih/kurang manis kau pandai2 lah ejas ye



2. Bila masakan da menggelegak blup blup blup mcm ikan bernafas tu kau kene get ready biskut Marie disisi gittew.

Kalau ade ketul2 kau kacau lg sehingga dia betul2 cair.

Pstt: bila dah menggelegak jangan lupa off kan rice cooker tu. 😊



3. Kemudian masukkan biskut. Sebelum tu, pecah2 la dlu sikit biskut tu. Sukati kaulah nak pecah macam mana. 😂



4. Mula2 tu aku gaul dalam rice cooker. Sekali terkene tangan aku sisi rice cooker tu. Panas weii. Aku geram sebab dah sakit jari jemari cantikkku. Pastu, aku terbalikkan semuanye dalam besen kecik. Haaa padam muka kau!

Kau rata2kan jiwa raga biskut tu. Bagi secukupnye kasih sayang kat dia. 😍



5. Dah sebati masukkan dalam bekas. Dah nama orang bujang kan, bekas gini cukup lah. Pastu simpan dalam peti.😘



6. Selepas semalaman duk dalam peti. Pagi ni aku bawak pegi ofs. Saje je nak jamu geng2 ofis. Alhamdulillah dapat feedback positif. 



Tapi sies sedap weii. 😋😋
Selamat menCuba. Dah Cuba meh la komen kat sini ye.✌️ Nak share, 'nak guna resepi silakan 🤗

#kekbatikviral
#kekbatikbujang
#kekbatiksimpleorangbujang
#versiricecooker
Continue Reading

Monday, June 24, 2019

PERANTAU DIBUMI ORANG~😊

KOREA - SPAIN - INDIA.
SAMSUNG - TECNICAS REUNIDAS - PUNJ LLOYD

Dulu mase datang ke pengerang berdua ja. Ngan jijah.

Tapi mase tu kakakku dah ade kat sane. Ngan cmpany lain. Samsung di hatimu..xdak rezeki nak meneruskan perjuangan disamsung..Weeehuu.

Aku mengambara ngan jijah datang n pulang ke tanah air bersama2. Bestnye ngan jijah, dia selalu ofer nak drive. N aku memang rase happy giler.  Banyak aku share story mory ngan dia. Boleh kate 90% kami saling bertukar rahsia masing2. Jijah rahsia kite, bia kite bedua je simpan k. Hahahha. Banyak giler kenangan sepanjang duk umah sewa.

Dan mase tu, org yang kasitau TR ade kosong is Namuda,.then kami dapat peluang keje kat sane. Namuda (kak asma) is a kakak yang awesome, bab tido kat surau la especiallynye.. Sebb i selalu request something bila i sejuk. Thank you kak.

Tapi tak sangka, mase join ngan Company Spain tu, dapat info my Senior kak maria pon dapat keje kat sane jugak. Serius tak sangke, suratan or kebetulan. Dia memang sangat knowledgeable bab2 documentation system ni tau dak.

Sepanjang duk sane, sorg2 geng2 samsung kat kerteh join ngan Kami, bermula ngan Kak tie, Wawa, Ckay n abe. Kak tie banyak bantu aku bab2 english ni. Kalau bab nak mintak ayat2 english yang power2 ni ngan beliau la,..kadang2 kak maria n kak asma pn jadi mangsa aku kak. Dah depe terer sangat..nak wat cane.. Thanks semua.

Wawa ngan perangai lawaknye yang tak pena kering gusi. Bab masak2 pon serah kat dia la. Kami sume bahagian makan je. Dan masakan dia memang de best. Untung laki wa..

Then, dapat tahu aminah dapat sini jgk. Mase nie aku da dapat keje lain. Aku dengan cmpany india. Bila masing2 duk dalam kem, senang lah nk kuar n masuk. Aminah dah mcm kakak dah, selalu nasihat aku. Nak2 bila keadaan xstabil...haha..Bab masuk ke kem,aminah very helpful. Selalu je tahan org mintak tlg hntrkn aku...huhu. sobs2 sedih lak.

Thanks mina bnyk tlg dulu. Lepak n hangout same2 ngan sy n kak maria. G jaln same2. Bila takde geng dlm kem. Susah sangt nk kuar. Driver plak kdg ade kdg xde. Nk pegi mane2 kemain ssh giler. End up, aku rest je kat kem.

Tapi laani, sorang2 dah pegi tinggalkan aku. Masing2 dah dapat keje baru dah. Semua balik ganu. Aku n kak maria je masih disini. Menghabiskan sisa2 baki disini. Projek ni pon xlame dah exceli, ade 2, 3 bulan lg.

Panjangnye aku menaip. Kes demam hari ni. Tidur je keje aku. Bgn2 menaip skit. Jap ag rebah plak ni. Huhu

#journeyofwanja
Continue Reading