Monday, May 4, 2020

7 Cara Mudah Bayar Zakat Melalui Maybank2u

Assalamualaikum semua.

Hai korang apa kabar, macam mane puasa hari ni. Okay ke okay sangat?

Hari ni aku nak kongsi dengan korang cara Mudah bayar zakat fitrah melalui Maybank2u.  So, korang boleh tengok gambar2 dibawah ye. Langkah demi langkah aku kongsi kat sini untuk memudahkan korang.

Cara ini sangat membantu mereka yang mempunyai Maybank2u sahaja tau. Yang tak de, korang kene buat dulu. Cara ni hampir sama dengan Cimb click.

Step 1: korang log in Maybank2u, dan korang pilih "account & banking" 

Step 2 : Selepas tu, korang klik "Bill payment" tu ye. 

Step 3 : Selzpas tu klik "make a one of payment"

Step 4 : Pilih "zakat & charity"

Step 5 : Pilih Majlis Agama yang berkaitan dengan negeri masing2 

Step 6 : Pilih "zakat Fitrah rm 7" 

Step 7 : Selepas da selesai, korang boleh la membuat pembayaran. Jangan lupa klik Sms Tac dulu tau. Nombor Tac akan dihantar melalui kiriman SMs. Bila da terima Nombor Tac, Then proceed okay. Taraa dah siap. 

Kredit gamba : yatt suhaimi

Kalau korang rase perkongsian ini bermanfaat boleh share entry ni tau. Sekarang segalanye dihujung jari.

Aku tak pernah terfikir, Zakat Fitrah dibuat secara begini. Tapi kesan wabak covid19 betul2 memberi kesan kepada kita semua.

Jangan lupa tunaikan zakat ye. Ingat, dalam rezeki kita, ade rezeki orang lain.  Semoga, wabak covid 19 ni Cepat2 dihapuskan dan kite boleh menjalani kehidupan seperti sediakala.

Akhir kata.
Salaam Ramadhan.
#staysafe #stayathome
#dudukumah #kitabantukita
Continue Reading

Friday, May 1, 2020

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2020

Assalamualaikum

Hari ni aku nak share kadar bayaran Zakat Fitrah 2020 di Malaysia, dah alang2 dapat Info rase macam tak best pulak tak share kat sini.

Aku share list siap2 kadar bayaran Zakat mengikut negeri masing2 ye. Uols boleh tengok yang mane yang berkaitan dengan korang.



=====================================
Selangor: RM7, RM14, RM21
WP: RM5, RM7
Johor: RM7, RM10
Perlis: RM7
Penang: RM7, RM16
N9: RM7
Perak: RM7, RM14, RM21
Pahang: RM7
Kedah: RM5, RM7, RM14, RM21
Melaka: RM7, RM 14
Tranung: RM 7
Klate: RM7
Sabah: RM6, RM7.50
Sarawak: RM7
====================================

Hari ni dah masuk Ramadan ke 9 ye. So untuk pengetahuan semua, bayaran Zakat Fitrah bermula 1 Ramadan 2020 (maghrib) sehingga pagi raya sblm solat raya.

Disebabkan Perintah kawalan Pergerakan masih berlangsung, so majoriti negeri tetapkan BAYAR FITRAH SECARA ONLINE.

So nak tak nak, wajib la anak2 ajar mak pak dia yang kurang mahir bab2 online ni ye. Barulah ikatan kekeluargaan bertambah erat. Hihi

So kat bawah ni aku share jgk list link bagi setiap negeri untuk memudahkan korang membuat bayaran Zakat Fitrah dengan lebih detail.

******************************************
1. Selangor : https://t.co/dCh3gONCik
2. WP : https://t.co/86jw6XaE3O
3. Kedah : https://t.co/jAE6TKheTl
4. Perlis : https://t.co/2LZSyUfnrD
5. Penang : https://t.co/R5wbT2leGp
6. Klate : https://t.co/KaN6Zo7L9W
7. Tranung : https://t.co/OrPkPsI4q0
8. Perak : https://t.co/LqdvJCBf7n
9. Pahang : https://t.co/gYxtl1Lt8g
10. N9 : https://t.co/rZq8u0WVH5
11. Melaka : https://t.co/SZwxXwWzKw
12.Johor : https://t.co/5KfwCKQPM9
13. Sarawak : https://t.co/8utAAxi0cQ
14. Sabah : https://t.co/aQvrqsczYU
******************************************

Sebenarnye selama ni aku tak tahu Kenapa harga fitrah berbeza-beza. Tapi sekarang aku dah tahu. So alang2 aku tahu, aku nak share jgk info tambahan ni ye.

Kenapa ia berbeza adalah diSebabkan ia mengikut jenis beras yang kita makan.

1. RM7 : Beras Super Special Tempatan 5%
2. RM14 : Beras Putih Import, Perang, Pulut, Wangi.
3. RM21 : Beras Basmathi, Merah, Jepun.

So, uols bayarlah ikut majoriti beras uols makan ye.

SELAMAT BERPUASA & SELAMAT MENUNAIKAN ZAKAT FITRAH
Continue Reading