Wednesday, August 7, 2019

Kek Batik Simple

Malam ni aku buat kek batik lagi.. Ni kes member ofis mengidam nak makan oiii. Kalah orang mengandung..

Resepi aku dah penah post sebelum ni. Kau search je RESEPI Kek Batik.. Aaagittchuuu. Yela2 dah tau malas nak search kan. Aku letak siap2 link if korang nak try resepi aku ni. Lebih kurang same je dengan kek batik yang orang lain buat. Tapi bezanye aku letak serbuk koko. Ntah nak bagi dia rase MIKO = milo + koko.

Aku rase banyak2 kek, kek ni la yang paling mudah ringkas dan cepat. Kau tak yah guna oven, kau xperlu masak berjam2, kau Sap2 soi je...eh dahh siap. Haaa gittewww.

Aku share sikit jela kali ni gamba yang aku sempat amik. Hihi


Haha.. Ni jela yg sempat aku amikk. 


Taraaa dah siap pon kek batik orang bujang #versiwanja #dapurwanja

Semoga kawan aku ni berpuas hati la ya. Okay lah bye! 

Continue Reading

Tuesday, August 6, 2019

Shuhaidasaad.com 3rd Giveaway

Assalamualaikum...

Hai semua, sekejap je mase berlalu kan, pejam celik pejam celik dah masuk bulan 8 dah. Sempena bulan kelahiran Shu, jom laa kita ramai2 join giveaway dari Shu ni. 

Hadiah yang dikasi pon sangat osem dan menarik. Siapa yang nak join giveaway ni, uol boleh la klik kat gambar ye.


Tapi uols kene follo terma dan syarat dia tau. Alah2 simple sangat aih syarat yang Shu ni bg. Senang je. Btw, good luck semua ye. 
Continue Reading

Friday, August 2, 2019

LIRIK | KEMARIN BY SEVENTEEN

Hari ni hati aku rasa sayu sangat. Ngam2 plak bila aku bukak utube, lagu ni yang muncul. Hahaha.. So aku dedicate lagu ni tuk diri sendiri. Haaa gittew.


Kemarin engkau masih ade disini
Bersamaku menikmati rasa ini
Berarap semua takkan pernah berakhir
Bersamamu bersamamu,

Kemarin dunia terlihat sangat indah
Dan denganmu merasakan ini semua
Melewati hitam putih hidup ini
Bersamamu bersamamu.

Kini sendiri disini
Mencarimu tak tahu dimana
Semoga tenang kau disana
Selamanya.

Aku selalu mengingatmu
Doakan mu setiap malamku
Semoga tenang kau disana
Selamanya.

*Music

Oooooo...Ooooo
Kini Sendiri disini
Mencarimu tak tahu dimana
Semoga tenang kau disana
Selamanya. 

Aku selalu mengingatmu
Doakan mu setiap malamku
Semoga tenang kau disana
Selamanya
Ooooo wooooooo




Continue Reading

Thursday, August 1, 2019

First Giveaway by Anis & Beeha




Assalamualaikum wbt..

Dah lame sangat tak join Giveaway daripada geng2 blogger. Aku stop blogging tahun 2016, then 2019 baru nak start aktif semula. hihi. Hampir 3 tahun dah tinggal dunia blog. So, bila ternampak Cik Beeha buat GA, rase terpanggil la nak join, nak memeriahkan dunia blog sambil2 boleh tambah kenalan.

So, korang yang belom join, sempat lagi aih nak join. tarik tutup penyertaan besok tau 3/8, jangan lupa plak. Alah syarat2 penyertaan pon tak susah pon. Ikot je syarat2 yang ditetapkan dan korang boleh join dengan senang hati. Aku dah follow semua syarat tu, moga2 ade rezeki.

Psttt, dia punye hadiah menarik tau, kot2 la rezeki korang dapat. Aku ucapkan Good Luck kepada yang dah join ye. Korang klik je banner tuk join GA dari Cik Beeha dan Anis. hehe


Continue Reading

OREN | MANIS OR MASAM

Selama aku hidup aku tak penah tau cane nak cari buah oren yang manis ka, tawar ka, masam ka. Aku memang tak tahu dan tak penah nak amik tahu. Hahahah

Jadinya tiap kali makan buah oren, kira atas nasib jela, Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Haaa gittew. dah nape tibe2 ngan aku ni. haha. Okay abaikan!

So, hari ni aku keluar la waktu lunch pegi ECON SAVE MALL semata2 nak pi beli barang mandian.  Biasala kan bila kau masuk mall, kau memang tak kan tuju satu tempat punye la. Habis satu mall kau duk pusing..an an an.. 

Sambil duk cari2 barang, tibe2 aku ternampak sebakul buah oren sebijik macam gamba dibawah, tapi lebih banyak la.


Pic : ihsan Mr google

Bila aku tengok buah oren yang belubang ni terus aku teringat kat Cik Epal. Sape yang follow Ig dia n laki dia mesti tahu pasal ni. 

So, nak dijadikan cite dalam Ig story Cik Epal beliau ade mention, kalau nak tahu buah oren tu manis ka masam kau pilih bontot oren berlubang wakakakka. tegelakkk aku. hahaha.....

So, dah alang2 nampak, ape lagi terus aku amik buah oren ni,.aku amik yg berlubang je tau. Satu biji buah oren ni Rm 1.65, tak tahu la mahal ke murah..hihi. Boleh tahan besar2 gak buah oren kat sini.


Nilah hasil bontot belubang yang aku dapat tu. Seplastik jugak aku beli. Tak sabar plak aku nak rase. Teruja kata kan. Pastu aku tengok la komen2 kat ig dyeorang., geng2 yg dah beli mostlynye cakap manis. Tips lebih manis, kau cari lubang yang lebih besar. So, malam tadi aku makan la buah oren ni. Kau potong la cane pon asallkan boleh makan. haha.



So, bila aku dah makan, bagi aku biasa jela..hahaha. Nak kata manis sangat tu tak de la manis leting ting ting. Tapi nak kata masam pon tak juga. Kategori sedang2 jela. Tapi kakak aku kata, buah yang dia beli memang manis. Hahahah mungkin deria rase aku ni tak sama ngan korang. So, kalau korang nak beli oren yang manis, boleh cuba tips dr cik epal. 

Kalau nak share manfaat buah oren ni memang tak cukup tangan aku nak menaip. Korang nak tahu, korang gugel sendiri je ea. hihi.





































Continue Reading

Tuesday, July 30, 2019

ULSER | PUNCA ULSER MULUT

Few days ni aku rasa tak de idea la nak menulis. Yela bila bibir kau tengah bengkak gara2 ulser memang mood pon mula la pegi mane2. Nak bercakap pon malas, nak makan minum pon jadi payah. Part yang paling sakit bilamana kau nak gosok gigi. Aduhhh sakit woooo..haha 

Korang mesti pernah terkena jugak dengan ulser ni kan. Disebabkan aku stress dengan mende alah ni. Aku search la penyebab/punca/faktor yang menyebabkan berlakunya ulser. Ada jugak sesetengah orang kita panggil ulser ni dengan MATA IKAN. Bagi aku kau nak panggil gajah ke ape ke, suka hati kau lah tapi yang pasti bila dah terkena tu, mau seminggu  dua gak la nak sembuh. 


pic : ihsan en google

Gambar yang aku tunjuk kat sini sebijik sama dengan apa yang aku alami sekarang. Tapi aku punye ulser ni lebih besar kalau nak dibandingkan dengan gamba diatas. Betul2 plak tu dekat dengan gigi plus dipermukaan bibir, menyirap betul bila teringat sebab apa ulser dalam mulut aku ni ada.

Nak dipendekkan cite, sebenarnye aku tergigit bibir bawah mase aku menikmati makan malam dengan keluarga aku. Lepas tergigit tu kan, aku dah rase dah darah mengalir kat bibir. Memang dah agak la sebenarnye jadi ulser, tapi yang aku rase geram sebab dah hampir seminggu tak hilang2 lagi.

Aku terbaca dan terjumpa perkongsian tentang punca2 yang menyebabkan ulser dari laman Facebook milik Dr Ezairy Korang boleh tengok facebook Dr Ezairy, banyak sangat info dan ilmu yang bermanfaat dia share.


Penyebab/ Punca/Faktor yang menyebabkan berlakunya ulser.

1. Stress
2. Jangkitan Virus
3. Perubahan hormon
4. Faktor genetik dan keluarga
5. Penjagaan dalam mulut yang kurang baik 'Poor oral hygiene'
6. Luka akibat trauma daripada proses mengunyah atau memberus gigi
7. Kekurangan vitamin seperti vitamin B, C dan E
8. Sesetengah jenis ubat.

Menurut saranan Dr Ezairy, sekiranya dalam mase 3 minggu ulser masih lagi tidak menunjukkan perubahan yan positif, mohon dapatkan pemeriksaan doktor tuk dapatkan rawatan yang segera.

Kalau ikot petua orang2 lama, letak garam dalam ulser tu. Tapi aku memang tak la nak buatnye. Tak sanggup nak rase kepedihan dia. Ni jela ubat yang aku biasa letak. At least, rase sakit tu kurang la sedikit nak2 time kau nak makan. Tapi rase ubat tu buat aku tak selesa sangat la. Dia rase macam payau2 sedikit.  



So, aku nak pesan skit jela, sekarang ni musim panas. So better korang minum air mineral/ kosong secukupnya. Jaga kesihatan elok2. Yela semua benda kat badan kita nak guna lama. Kalau kita tak sayang diri kita, sape lagi yang nak sayang.

okaylah, aku nak stop sini dulu. Segala maklumat mengenai info2 kesihatan dan sebagainya korang boleh la rujuk dari facebook Dr Ezairy, aku dah letak siap2 link dia buat rujukan semua orang. 

Assalamualaikum.



Continue Reading