Breaking

Thursday, August 1, 2019

OREN | MANIS OR MASAM

Selama aku hidup aku tak penah tau cane nak cari buah oren yang manis ka, tawar ka, masam ka. Aku memang tak tahu dan tak penah nak amik tahu. Hahahah

Jadinya tiap kali makan buah oren, kira atas nasib jela, Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Haaa gittew. dah nape tibe2 ngan aku ni. haha. Okay abaikan!

So, hari ni aku keluar la waktu lunch pegi ECON SAVE MALL semata2 nak pi beli barang mandian.  Biasala kan bila kau masuk mall, kau memang tak kan tuju satu tempat punye la. Habis satu mall kau duk pusing..an an an.. 

Sambil duk cari2 barang, tibe2 aku ternampak sebakul buah oren sebijik macam gamba dibawah, tapi lebih banyak la.


Pic : ihsan Mr google

Bila aku tengok buah oren yang belubang ni terus aku teringat kat Cik Epal. Sape yang follow Ig dia n laki dia mesti tahu pasal ni. 

So, nak dijadikan cite dalam Ig story Cik Epal beliau ade mention, kalau nak tahu buah oren tu manis ka masam kau pilih bontot oren berlubang wakakakka. tegelakkk aku. hahaha.....

So, dah alang2 nampak, ape lagi terus aku amik buah oren ni,.aku amik yg berlubang je tau. Satu biji buah oren ni Rm 1.65, tak tahu la mahal ke murah..hihi. Boleh tahan besar2 gak buah oren kat sini.


Nilah hasil bontot belubang yang aku dapat tu. Seplastik jugak aku beli. Tak sabar plak aku nak rase. Teruja kata kan. Pastu aku tengok la komen2 kat ig dyeorang., geng2 yg dah beli mostlynye cakap manis. Tips lebih manis, kau cari lubang yang lebih besar. So, malam tadi aku makan la buah oren ni. Kau potong la cane pon asallkan boleh makan. haha.



So, bila aku dah makan, bagi aku biasa jela..hahaha. Nak kata manis sangat tu tak de la manis leting ting ting. Tapi nak kata masam pon tak juga. Kategori sedang2 jela. Tapi kakak aku kata, buah yang dia beli memang manis. Hahahah mungkin deria rase aku ni tak sama ngan korang. So, kalau korang nak beli oren yang manis, boleh cuba tips dr cik epal. 

Kalau nak share manfaat buah oren ni memang tak cukup tangan aku nak menaip. Korang nak tahu, korang gugel sendiri je ea. hihi.





































No comments:

Post a Comment

Hai Assalamualaikum,

Thank you for your comment, please welcome back. =)