Breaking

Saturday, August 24, 2019

BUBUR VERSI MEKDI



Hai uols, hari ni aku nak share resepi Bubur versi mekdi style aku. 

Memandangkan aku hidup dalam kem, so yang kau ade hanya lah periuk nasi saje. Aku jenis masak campak2 je sebenarnye. Mane yang ade dalam peti ais yang tu jela yang aku guna. 

Bahan2
*Beras 1 cawan
*Halia sebesar ibu jari kaki kau
*Bawang putih
*Fish cake
*ikan bilis
*kiub pati ayam

Cara2. 
1. Basuhkan Beras macam biase. Kasi bersih tau, baru la nasi kau tahan lama. Biase mak aku cite, Kalau orang tu jns basuh tak bersih. Nasi cepat basi. 

2. Masukkan beras dalam periuk macam biase. Pastu aku masukkan air sampai beras dalam periuk kelemasan. 

3. Masukkan Halia, Bawang putih dan ikan bilis. Aku suka penyek2 je Bawang putih tu. Halia tu suka hati kau lah nak letak cane ye. Potong menyerong ke, memanjang ke suka hatilah. 

4. Bila air da makin berkurang, tambah lah air macam kan jadi hangit plak bubur ekau. Panaskan or renehkan sampai betul2 jadi bubur tau. (akan ade adegan tambah air berulang kali) 

5. Bila da menggelegak, aku masukkan fish cake, ptg la cane pon, then aku masukkan kiub pati ayam tu. 

6. Lepas tu, kacau la skit kan ade berkeladak plak kat bawah periuk tu. Then, kaua msukkan secukup rasa, garam dan gula. Gula tu aku masukkan sikit je. Sikit sangat.

7. Kalau ade carrot + daun sup lagi best n meriah. Tp dalam peti ais aku xde plk bende alah tu. So buat mane yg ade jela. 

8. Dah boleh makan. Selamat menjamu selera 😘




No comments:

Post a Comment

Hai Assalamualaikum,

Thank you for your comment, please welcome back. =)