Monday, June 29, 2020

DUA KAEDAH RAWATAN DIALISIS

Alang2 tunggu we duk wat dialisis.

Aku nak share Info yang aku baru terima dari pakar yang berkaitan dgn buah pinggang
🤗

Rawatan dialisis buah pinggang mempunyai 2 kategori iaitu

1. Hemodialisis
2. Dialisis Peritoneal

#HEMODIALISIS
1. Rawatan hemodialisis biasenye dilakukan sebanyak 3 kali seminggu.
2. Dan rawatan ini boleh dilakukan di pusat dialisis atau pon dirumah.
3. Tiga tempat yang sering dilakukan semasa sesi hemodialisis dilakukan iaitu
a. Leher (sementara)
b. Peha (sementara)
c. Lengan (kekal)

#DIALISISPERITONEAL
Rawatan dialisis peritoneal pula terbahagi kepada dua kaedah.
1. Dialisis Peritoneal Ambulatori Berterusan (CAPD)
2. Dialisis Peritoneal Automatik (APD)

Dua2 kaedah rawatan ini hampir sama, tapi secara detail nye  rawatan CAPD

1. lebih mudah dilakukan
2. tidak memerlukan bantuan mesin
3. Boleh dibuat di rumah
4. Dilakukan sebanyak 4 kali sehari
5. Pastikan keadaan tempat yang hendak dilakukan dalam keadaan bersih dan teratur
6. Berjumpa dengan doktor selepas 3 bulan rawatan dilakukan

Manakala rawatan APD pula,

1.Menggunakan mesin yang membantu menggantikan cecair secara automatik.
2. Dilakukan pada waktu malam
3. Mesin yang digunakan mahal
5. Pastikan keadaan tempat yang hendak dilakukan dalam keadaan bersih dan teratur
6. Berjumpa dgn doktor selepas 3 bulan rawatan dilakukan

Haa satu lagi info, rawatan CAPD dan APD tersebut memerlukan satu pembedahan kecil utk memasukkan satu saluran khusus iaitu satu tiub kekal ke dalam perut sebelum rawatan selanjutnye diteruskan.

Kebanyakkan rakyat kita lebih memilih hemodialisis berbanding CAPD dan APD.
Semoga Allah jaga, lindungi dan jauhilah kedua ibu bapa aku dari segala kemudaratan. Aamiiin 🤲 
Continue Reading

Monday, May 4, 2020

7 Cara Mudah Bayar Zakat Melalui Maybank2u

Assalamualaikum semua.

Hai korang apa kabar, macam mane puasa hari ni. Okay ke okay sangat?

Hari ni aku nak kongsi dengan korang cara Mudah bayar zakat fitrah melalui Maybank2u.  So, korang boleh tengok gambar2 dibawah ye. Langkah demi langkah aku kongsi kat sini untuk memudahkan korang.

Cara ini sangat membantu mereka yang mempunyai Maybank2u sahaja tau. Yang tak de, korang kene buat dulu. Cara ni hampir sama dengan Cimb click.

Step 1: korang log in Maybank2u, dan korang pilih "account & banking" 

Step 2 : Selepas tu, korang klik "Bill payment" tu ye. 

Step 3 : Selzpas tu klik "make a one of payment"

Step 4 : Pilih "zakat & charity"

Step 5 : Pilih Majlis Agama yang berkaitan dengan negeri masing2 

Step 6 : Pilih "zakat Fitrah rm 7" 

Step 7 : Selepas da selesai, korang boleh la membuat pembayaran. Jangan lupa klik Sms Tac dulu tau. Nombor Tac akan dihantar melalui kiriman SMs. Bila da terima Nombor Tac, Then proceed okay. Taraa dah siap. 

Kredit gamba : yatt suhaimi

Kalau korang rase perkongsian ini bermanfaat boleh share entry ni tau. Sekarang segalanye dihujung jari.

Aku tak pernah terfikir, Zakat Fitrah dibuat secara begini. Tapi kesan wabak covid19 betul2 memberi kesan kepada kita semua.

Jangan lupa tunaikan zakat ye. Ingat, dalam rezeki kita, ade rezeki orang lain.  Semoga, wabak covid 19 ni Cepat2 dihapuskan dan kite boleh menjalani kehidupan seperti sediakala.

Akhir kata.
Salaam Ramadhan.
#staysafe #stayathome
#dudukumah #kitabantukita
Continue Reading

Friday, May 1, 2020

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2020

Assalamualaikum

Hari ni aku nak share kadar bayaran Zakat Fitrah 2020 di Malaysia, dah alang2 dapat Info rase macam tak best pulak tak share kat sini.

Aku share list siap2 kadar bayaran Zakat mengikut negeri masing2 ye. Uols boleh tengok yang mane yang berkaitan dengan korang.



=====================================
Selangor: RM7, RM14, RM21
WP: RM5, RM7
Johor: RM7, RM10
Perlis: RM7
Penang: RM7, RM16
N9: RM7
Perak: RM7, RM14, RM21
Pahang: RM7
Kedah: RM5, RM7, RM14, RM21
Melaka: RM7, RM 14
Tranung: RM 7
Klate: RM7
Sabah: RM6, RM7.50
Sarawak: RM7
====================================

Hari ni dah masuk Ramadan ke 9 ye. So untuk pengetahuan semua, bayaran Zakat Fitrah bermula 1 Ramadan 2020 (maghrib) sehingga pagi raya sblm solat raya.

Disebabkan Perintah kawalan Pergerakan masih berlangsung, so majoriti negeri tetapkan BAYAR FITRAH SECARA ONLINE.

So nak tak nak, wajib la anak2 ajar mak pak dia yang kurang mahir bab2 online ni ye. Barulah ikatan kekeluargaan bertambah erat. Hihi

So kat bawah ni aku share jgk list link bagi setiap negeri untuk memudahkan korang membuat bayaran Zakat Fitrah dengan lebih detail.

******************************************
1. Selangor : https://t.co/dCh3gONCik
2. WP : https://t.co/86jw6XaE3O
3. Kedah : https://t.co/jAE6TKheTl
4. Perlis : https://t.co/2LZSyUfnrD
5. Penang : https://t.co/R5wbT2leGp
6. Klate : https://t.co/KaN6Zo7L9W
7. Tranung : https://t.co/OrPkPsI4q0
8. Perak : https://t.co/LqdvJCBf7n
9. Pahang : https://t.co/gYxtl1Lt8g
10. N9 : https://t.co/rZq8u0WVH5
11. Melaka : https://t.co/SZwxXwWzKw
12.Johor : https://t.co/5KfwCKQPM9
13. Sarawak : https://t.co/8utAAxi0cQ
14. Sabah : https://t.co/aQvrqsczYU
******************************************

Sebenarnye selama ni aku tak tahu Kenapa harga fitrah berbeza-beza. Tapi sekarang aku dah tahu. So alang2 aku tahu, aku nak share jgk info tambahan ni ye.

Kenapa ia berbeza adalah diSebabkan ia mengikut jenis beras yang kita makan.

1. RM7 : Beras Super Special Tempatan 5%
2. RM14 : Beras Putih Import, Perang, Pulut, Wangi.
3. RM21 : Beras Basmathi, Merah, Jepun.

So, uols bayarlah ikut majoriti beras uols makan ye.

SELAMAT BERPUASA & SELAMAT MENUNAIKAN ZAKAT FITRAH
Continue Reading

Thursday, April 30, 2020

KASUT AKU!

Kasut Nike ni da cecah 5 tahun bekerja dengan aku.😍😍❤️

Aku beli tahun 2015 mase bekerja dengan Samsung kat Kerteh. Beli kasut ni sebab tengok bos aku (Chen) yang pakai.🤣

Tak mahal pon kalau nak dibandingkan dgn usia dia yg bertahan selama 5 tahun bersama aku kan.

Tak silap harga dia dalam range Rm 159 ke Rm 139., aku beli kat Al Ikhsan kat Mesra Mall. Weyhh aku ingat lagi..🤣🤣🤣🤣Untuk 5 tahun uols rase berbaloi ke berbaloi sangat.🤣

Dan saat2 akhir ni keadaan dia da bertambah uzur, walaupun rupa dia masih segak.

Mostly Kawan2 aku ingat aku baru beli kasut. Sebenarnye dah 5 tahun aku lenjun kasut ni. Bawak dia ke mane saje 😘

Thank you kerana masih bertahan sehingga hari ni. 🤗 😍

Kalau kat sekolah ni mesti aku akan karang karangan yg bertajuk #akusepasangkasut



Continue Reading

Saturday, April 18, 2020

LANGKAH PENCEGAHAN COVID-19

Assalamualaikum dan Salaam sejahtera semua ❤️

Alhamdulillah, hari ni hari ke 5 sejak PKP fasa ketiga dilaksanakan. Dan dari pemerhatian dan statistik yang ditunjukkan oleh KKM, bilangan kes baru sejak 3 hari berturut2 menunjukkan kadar penurunan yang positif jika dibandingkan dengan hari2 sebelumnya.

Dan semalam, 15 April 2020, sabtu menunjukkan kadar bilangan kes baharu yang paling rendah sejak penularan Covid-19 di negara kita.

Alhamdulillah dan tahniah kepada semua rakyat Malaysia kerana bertanggungjawab dalam mematuhi pelaksanaan yang telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Perdana Menteri kita.
Syabas buat kita semua.

Hari ni aku nak kongsi langkah-langkah pencegahan yang disarankan oleh KKM dalam membendung penularan Covid-19.

Kredit: KKM

  1. Kerap mencuci tangan dengan sabun sekurang-kurangnya 20 saat setiap basuhan. 
  2. Elak menyentuh mata, hidung dan mulut dengan tangan yang belum dicuci. 
  3. Cuci tangan terutamanya selepas batuk, bersin, sebelum dan selepas ke tandas, sebelum makan atau menyediakan makanan. 
  4. Duduk dirumah sekiranya anak sakit.
  5. Kekalkan jarak sosial (social distancing) sebanyak 1-1.5 meter.
  6. Tutup mulut dengan tisu ketika batuk/bersin. Buangkan tisu tersebut kedalam tong sampah. 
  7. Pastikan sentiasa "sanitise" or basuh barang yang dibeli, diterima dari Pejabat Pos, Jnt, Gdex, dan sebagainye. 
  8. Sentiasa bawa hand sanitizer didalam poket sebagai langkah pencegahan seandianye tiada air dikawasn tersebut.
Dan aku nak kongsi kan 7 langkah pencuci an tangan yang lebih efektif. Uols boleh rujuk seperti dalam gambar dibawah. 


Kredit : KKM

Semoga Allah hilangkan penyakit Covid-19 dari negara kita dan semoga Allah jaga kita, keluarga kita, keturunan kita, sahabat2 kita dari segala perkara yang memudaratkan. 

#kitajagakita
#stayathome
#kitapastiboleh

Salaam sayang
Aku!
Wan Zaleha
Continue Reading

MEMILIH ATAU TAK? 🤔

Roti ni kalau dia panas2, dia sangat lembut  dan sangat sedap dimakan. Tapi bila dia sejuk, dia akan jadi keras, so aku tak suka.

Sebab tu, tiap kali dapat panas2, aku terus makan. Untuk pengetahuan semua, sejak duk Johor ni makanan aku sangat berbeza dengan makanan kat Ganu.

Antara makanan yg aku tak penah makan kat Ganu ialah lontong berkuah dan kering, goreng pisang dan ubi Cicah kicap, tauhu begedil, tempe dan banyak lagi yang aku tak penah makan kat Ganu tapi aku makan kat sini dengan jayanye.

So aku bersetuju sangat dgn pepatah ni

*masuk kandang harimau mengaum
*masuk kandang  kambing mengembek
*masuk kandang lembu mengemoooo

Dan bila kau boleh masuk semua makanan kat mane2 negeri, ketahuilah berat badan kau pon cepat sangat naik 🤣🤣🤣🤣🤣🤣

Orang Ganu kate gini je
"Mu ni tolok kayu n batu je,
Hok lain boleh makan lake"
Tak memilih sungguh. 😍

Kepada bakal laki aku
Tak kira negeri mane
Aku boleh telan semua makanan. Untung uols tau. 🤣🤣🤣🤣🤣

Tapi roti ni name ape eh. 🤔

Continue Reading

Friday, April 17, 2020

AKU!

Assalamualaikum ~

Hai uols, nama aku Wan Zaleha Wan Ismail!. umur sekian2. Anak ke tujuh dari sebelas orang adik beradik. Salaam perkenalan semua.


Aku sebenarnye tak tahu nak buat ape hari ni. Pusing kiri tak kena, pusing kanan tak kene. Bangun tak kena, duduk pun tak kena. hahaha. Last2 aku duk taip mende ni semua. Kepada rakan2 yang ade blog tu meh la follow aku ye. 

#stayathome
#kitajagakita
Continue Reading

Wednesday, April 15, 2020

TUHAN, JAGAKAN MAK AYAH AKU.





Assalamualaikum semua. 
Hari ni hari pertama PKP Fasa 3 dilaksanakan, aku harap semua orang baik2 aje dan masih mematuhi arahan dari pihak atasan ye.

Aku nak sangat Covid-19 ni cepat2 terkubur dan hilang dari dunia. Aku dah 2 bulan tak balik kampung. Sedih weyh, Tuhan je tau. Ntah nape sebak pulak bila ingat kampung. Rindu mak ayah aku laa.. huhuhu

Ya Allah tolong jagakan mak ayah aku Ya Allah. KAU jagalah mereka, KAU lindungilah mereka, KAU peliharakanlah mereka sebagaimana mereka memelihara aku sejak aku kecil. 


Aku harap sapa2 yang baca entri aku kali ni tolong doakan mak ayah aku tau. Semoga doa2 yang baik berbalik kepada korang jugak. Aamiiin. 







Continue Reading

Monday, April 13, 2020

LAST DAY CALLING!

Assalamualaikum semua..

Hari ni aku nak share hari terakhir yang HQ BCF buat  HAPPY HOME SALES & EMERGENCY SALES. Sebelum korang terlupa aku nak remind sekali lagi tau. Sebab aku tak nak korang menangis bucu katil nanti. Haaa korang boleh rujuk info yang tertera dibawah. Aku bagi gamba la senang untuk korang paham dan nampak kan.


Untuk pengetahun korang, sales yang dibuat oleh HQ ni untuk tudung souk sahaja tau. So, setiap pembelian tudung souk #BCF korang akan dapat penjimatan sebanyak RM 5.  Wowww ke wowww sangat ni.

Dan yang lebih specialnya. Kaler souk yang dikeluarkan oleh HQ pada kali ini tidak akan dikeluarkan lagi pada masa2 akan datang. Nie yang membeezakan BCF dengan jenama2 yang lain. Kenapa uols wajib cuba tudung ini kerana kelebihan2 yang terdapat pada tudung ini mampu membuatkan uols setia dengan tudung souk BCF tanpa memandang jenama2 yang lain.

SOFT AWNING : Awning tudung yang sangat lembut, tidak melekat pada dahi dan senang terbentuk.
ANTI TEMBAM : Muka kelihatan lebih slim atau tirus selepas mengenakan tudung souk BCF
ANTI KEDUT : Tidak berkedut, tidak perlu gosok. Sesuai untuk para IBU yang suka TRAvel dan mempunyai anak yang kecil.
PATUH SYARIAH : Satu2nya tudung souk yang patuh syariah dengan memastikan bahagian depan dapat menutupi dada dan bahagian belakang labuh dan terletak elok.
MATERIAL VISCOSE: Sejenis material yang lembut dan sejuk apabila dipakai.
SERAP PELUH : Disebabkan material cotton viscose yang digunakan, ia berpotensi menyerap peluh dengan baik.
TIDAK JARANG : Walaupun material kain ini ringan, namun tudung souk BCF tidak JARANG dan menutup aurat.
PELBAGAI WARNA YANG MENARIK : Mempunyai pilihan warna yang menarik dan cantik.

DIsini saya sertakan beberapa pilihan tudung souk BCF yang cantik dan lawa yang penting kelihatan ANGGUN, CANTIK, MENAWAN DAN SIMPLE.


Untuk info, tudung souk BCF mempunyai 3 saiz iaitu saiz bebas, FS, Saiz L dan saiz XL.

Copper Brown

 Warm Sand

Salmon

   Maroon

  Green Emerald



Kepada mereka yang berminat boleh dapatkan dari agen sah kami. Tekan link dibawah untuk info dan detail yang lebih lanjut:



Continue Reading

Sunday, April 12, 2020

APA ITU COVID-19?

Apa itu COVID-19? Apa yang korang tau sal COVID-19? meh aku share ye.

COVID-19 atau Coronavirus (Cov) adalah famili virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari selesema hingga ke penyakit lebih teruk seperti MERS-CoV dan SARS-Cov.

Virus ini ditemui di Bandaraya Wuhan, iaitu satu kawasan dalam daerah Hubei, China pada pertengahan Disember 2019. Ekoran ianya berlaku pada tahun 2019, nama Covid-19 ini diambil sempena tahun ia ditemui.

Sehingga kini, tiada lagi penemuan vaksin yang berjaya ditemui untuk membunuh virus ini. Setakat 13 April 2020, sebanyak 1,853, 155 jumlah penduduk yang telah dijangkiti, manakala sebanyak 114,247 orang yang telah meninggal dunia akibat daripada virus COVID-19.

Coronavirus COVID-19 telah menjejaskan 210 negara dan wilayah di seluruh dunia. Dan Negara yang paling teruk terjejas ekoran COVID-19 adalah negara-negara Eropah seperti USA, Spain, Italy, France, Germany dan UK. Semak disini untuk info yang lebih lanjut. (https://www.worldometers.info/coronavirus/)



Gejala yang boleh dilihat akibat virus COVID-19 ialah, individu tersebut sering demam dengan suhu badan 37.5 celcius dan keatas, sakit badan terutamanya bahagian sendi, pening kepala, batuk yang tiada henti, dan mempunyai kesukaran bernafas. 

Sekiranya korang mempunyai gejala2 yang dinyatakan seperti diatas, tindakan proaktif harus dilakukan untuk mengelakkan kesihatan korang terjejas dengan lebih teruk. Papepon, aku bersyukur kerana negara kita, Malaysia telah melakukan satu tindakan agresif untuk membendung penularan yang lebih teruk.

Jadi, korang hanya perlu duduk dirumah, jaga jarak sesama sendiri sebanyak 1-2 meter, dan pastikan korang melakukan aktiviti yang sihat sepanjang Perintah Pengawalan Berkurung(PKP) dilaksanakan. Dan minggu ini adalah PKP fasa ke tiga yang telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia dalam membendung penularan yang lebih serius. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, ayuh kita sama2 membantu memhentikan penyebaran virus COVID-19 dengan mematuhi perintah dan nasihat daripada kerajaan dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia.

#stayathome
#kitajagakita
#Movementcontrolorder






Continue Reading