Showing posts with label PERSONAL. Show all posts
Showing posts with label PERSONAL. Show all posts

Thursday, April 30, 2020

KASUT AKU!

Kasut Nike ni da cecah 5 tahun bekerja dengan aku.😍😍❤️

Aku beli tahun 2015 mase bekerja dengan Samsung kat Kerteh. Beli kasut ni sebab tengok bos aku (Chen) yang pakai.🤣

Tak mahal pon kalau nak dibandingkan dgn usia dia yg bertahan selama 5 tahun bersama aku kan.

Tak silap harga dia dalam range Rm 159 ke Rm 139., aku beli kat Al Ikhsan kat Mesra Mall. Weyhh aku ingat lagi..🤣🤣🤣🤣Untuk 5 tahun uols rase berbaloi ke berbaloi sangat.🤣

Dan saat2 akhir ni keadaan dia da bertambah uzur, walaupun rupa dia masih segak.

Mostly Kawan2 aku ingat aku baru beli kasut. Sebenarnye dah 5 tahun aku lenjun kasut ni. Bawak dia ke mane saje 😘

Thank you kerana masih bertahan sehingga hari ni. 🤗 😍

Kalau kat sekolah ni mesti aku akan karang karangan yg bertajuk #akusepasangkasut



Continue Reading

Saturday, April 18, 2020

MEMILIH ATAU TAK? 🤔

Roti ni kalau dia panas2, dia sangat lembut  dan sangat sedap dimakan. Tapi bila dia sejuk, dia akan jadi keras, so aku tak suka.

Sebab tu, tiap kali dapat panas2, aku terus makan. Untuk pengetahuan semua, sejak duk Johor ni makanan aku sangat berbeza dengan makanan kat Ganu.

Antara makanan yg aku tak penah makan kat Ganu ialah lontong berkuah dan kering, goreng pisang dan ubi Cicah kicap, tauhu begedil, tempe dan banyak lagi yang aku tak penah makan kat Ganu tapi aku makan kat sini dengan jayanye.

So aku bersetuju sangat dgn pepatah ni

*masuk kandang harimau mengaum
*masuk kandang  kambing mengembek
*masuk kandang lembu mengemoooo

Dan bila kau boleh masuk semua makanan kat mane2 negeri, ketahuilah berat badan kau pon cepat sangat naik 🤣🤣🤣🤣🤣🤣

Orang Ganu kate gini je
"Mu ni tolok kayu n batu je,
Hok lain boleh makan lake"
Tak memilih sungguh. 😍

Kepada bakal laki aku
Tak kira negeri mane
Aku boleh telan semua makanan. Untung uols tau. 🤣🤣🤣🤣🤣

Tapi roti ni name ape eh. 🤔

Continue Reading

Friday, April 17, 2020

AKU!

Assalamualaikum ~

Hai uols, nama aku Wan Zaleha Wan Ismail!. umur sekian2. Anak ke tujuh dari sebelas orang adik beradik. Salaam perkenalan semua.


Aku sebenarnye tak tahu nak buat ape hari ni. Pusing kiri tak kena, pusing kanan tak kene. Bangun tak kena, duduk pun tak kena. hahaha. Last2 aku duk taip mende ni semua. Kepada rakan2 yang ade blog tu meh la follow aku ye. 

#stayathome
#kitajagakita
Continue Reading

Wednesday, April 15, 2020

TUHAN, JAGAKAN MAK AYAH AKU.





Assalamualaikum semua. 
Hari ni hari pertama PKP Fasa 3 dilaksanakan, aku harap semua orang baik2 aje dan masih mematuhi arahan dari pihak atasan ye.

Aku nak sangat Covid-19 ni cepat2 terkubur dan hilang dari dunia. Aku dah 2 bulan tak balik kampung. Sedih weyh, Tuhan je tau. Ntah nape sebak pulak bila ingat kampung. Rindu mak ayah aku laa.. huhuhu

Ya Allah tolong jagakan mak ayah aku Ya Allah. KAU jagalah mereka, KAU lindungilah mereka, KAU peliharakanlah mereka sebagaimana mereka memelihara aku sejak aku kecil. 


Aku harap sapa2 yang baca entri aku kali ni tolong doakan mak ayah aku tau. Semoga doa2 yang baik berbalik kepada korang jugak. Aamiiin. 







Continue Reading

Saturday, July 20, 2019

RAPID | Run for Fun 2019 🤗

Ini kali ke dua aku join #rapidrunfun sepanjang berada di Rapid Pengerang. Tak rancang pon nak join. Tapi bila hujung minggu kau asyik mereput duk dalam bilik. Better do something la kan.

Okay ni muka happy lepas dapat makan sepinggan nasi goreng + air tea panas secawan.



Okay get ready dah nak g kat tempat larian. Dah sampai sane jumpa lak budak ofis subcon. Dah la aku xingat name dia. Tapi selfie tetap on. Bergamba lagi b4 larian. 


Muka dah happy giler nak berlari. Da la xpenah berlatih. Kalau pengsan tolong hantar aku g Spital ea. Hahaha


Dengan Manager Welfare Miss Jaya, Nabila, dan Kak Berta. Bergamba lagi. Yahoo.

Actually aku tak tahu pon Kak Berta daftar tuk larian betapa KM. Aku just ikot seikot2nye. Asalkan boleh kuar kem je. Hahaha. Berkurung dalam Kem lame2 pon tak hellok jugak kan. Bertabah lah selagi berada di sini. Dah2 jom pegi berlari.

Tahniah tuk diri sendiri. #fliphair


Setelah berpenat lelah berlari sepanjang 3KM...weyyy aku dapat no 8 daripada 18 orang perempuan yang join. Tu pon dah rase bangga giler.

Penat giler nak mattey wei. Kau bayang la aku xpena berlatih pon. Masuk larian ni just for fun je. Tak sangka betul dapat no 8.

Kaki pon dah tak rase macam kaki dah. 


Aku terima gamba dari kawan aku. Berdekah aku gelakk. Lawak kot. Tp sies memang waktu ni panas yang amat2 sangat. Huhu. The struggle is real🏃‍♀️


Tengok la ni muka bangga. Kah kah kah. Dapat la kupon Rm 100. Yeayyy tak sabar nak berbelanje kat Point ni. Kalau dapat no 1 kau dapat hadiah laptop sebijik. Untung la sapa yang dapat no 1 tu.


Kak berta umur 59 tapi still lagi gagah join larian weyh. Kalau aku memang tak de maknenye aku nak join. Penat kot. Hahaha kak  Berta dapat no 13 ye. Hebat kan, boleh lawan pesaing2 muda. 

 K lah dah jom la pulang ke sarang plak.  Sebelum tu aku mintak jasa baik Kak Berta amik gamba permandangan dalam Rapid before pulang ke sarang.


Yieehaaaaa. Orang lain da masuk bilik. Aku bergamba lagi. 🤗


Percubaan nak melompat tak berapa berjaya dah rupa si katak dah. 😂😂


Yela2 dah panjang naw aku duk taip. Nak unboxing ape yang dapat pagi tadi. Taraaaa free gift mug + tuala kecik. Boleh la wat kenang2an di Rapid. Wakakaka

K la sekian coretan hari ni. Penat pon tak hilang lagi ni.

#runforfun
#rapid2019
#wanjamasihberbisa
#21072019
Continue Reading

Monday, December 7, 2015

Giveaways by MrsFara bernilai RM329


Assalamualaikum,

Dah makan ke semua, hari nie wanza nak bersegmen lagiiii..

Aishhhh seronok rupanya bersegmen nie, boleh berkenal-kenalan, boleh mengeratkan hubungan yang jauh.  hehe

Even tak kenal, tapi seronok sangat dapat tambah kenalan.

Semoga Mrs fara dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan kalian.




Klik banner untuk join GA :)


Good luck semua kepada yang join :)

Selamat bersegmen semua :)

Continue Reading