Showing posts with label MYFAMILY. Show all posts
Showing posts with label MYFAMILY. Show all posts

Tuesday, July 23, 2019

SYURGA | Syurga Itu diTelapak KAKINYA IBU

Selagi tak kawen, Mok & We ku adalah syurgaku. Berbakti untuk mereka sedikit pon tak pernah rase ia sesuatu yang membebankan. Serius aku bangga dapat tolong & bantu mok aku saat dyeorang perlukan aku.

Dapat mandikan mok macam mok mandikan aku mase baby dulu, sesuatu yang tak dapat digambarkan dengan kata2. Kalau nak dibandingkan dengan apa yang mok da buat untuk aku memang tak dapat nak dibalas. Terlalu besar pengorbanan dyeorang.


Sekarang bila keadaan mok macam ni. Sedikit pon aku tak rase geli untuk buat perkara yang sama.

Inilah hikmah yang ALLAH nak bagi pade aku bila kau masih tak berkahwin lagi. Sebab tu aku tak kisah bila jodoh akan tiba. Sebab aku yakin dengan apa yang ALLAH nak bagi pade aku, In shaa ALLAH, janji ALLAH itu pasti. Jodoh itu pasti datang pada waktu yang tepat dan dengan orang yang tepat.


Aku rase aku anak yang bertuah sebab aku boleh tolong mok aku bila2 mase. Sampai aku penah fikir, even bos marah aku sekalipon, aku tak kisah dah. Bagi aku, Ibu ni TIADA GALANG GANTI. Keje boleh dicari, tapi IBU? HANYA SATU DISISI.

ALHAMDULILLAH, walaupun aku balik kejap je, IN SHAA ALLAH aku akan cuba buat yang terbaik tuk jaga mereka.

Aku sangat berterima kasih kepada kakak Wan Rokiah dan Adik Akim sebab banyak bantu dan jaga mok we sepanjang aku n Adik bradik yang lain berada diluar.


ALFATIHAH untuk mok dan we, aku doakan semoga mok dan we sentiasa dalam lindungan ALLAH SWT.





Continue Reading

Monday, July 22, 2019

MOK | Doakan Mok aku sihat 🤲

Pagi tadi aku dapat berita dari kakak, mok aku jatuh, mase aku dapat berita rase macam kejung jap. Tak tahu nak cakap apa. Allah.. Allah.. Allah.. tu je yang mampu aku ucap.

Hati dah berdebar2 xyah cite la. Sies rase nak nanges, Tapi aku tahan je. Dalam hati aku berdoa mok aku sihat, tak de pape2 kecederaan yang serius.

Lepas sampai ofis., terus aku mintak tolong hantar aku ke kete. Pagi tu jugak aku balik kampung. Tak pikir pape dah. Yang pasti aku nak sampai umah, nak tengok keadaan mok aku je.


Aku rase selama aku drive dari Johor ni ade la amik mase dalam 7-10 Jam. Tapi kali ni aku pecah rekod. Dalam 5 jam lebih je aku dah sampai umah.

Sampai2 je terus cari mok. Keadaan mok masih lesu tak bermaya. Nampak muka mok duk menahan sakit.

Lepas dah tidur dan rehat petang tadi. Mok aku dah makin segar. Alhamdulillah ya Allah. Alhamdulillah.

Tu je yang mampu aku ucap. Akibat dari jatuh pagi tadi, pergelangan tangan mok aku patah. Alhamdulillah, mok dah okay.  Boleh berjalan macam biasa. Allah nak mok rehat dari buat kerja. Doktor dah simen siap2 dah. Bila tengok mok aku bercakap sambil senyum2 rase lega sangat.

Ya Allah kau pelihara dan lindungilah orang tuaku. Lindungilah mereka dari segala kemudaratan dan segala kecelakaan. Berilah mereka kesihatan baik dan kesejahteraan yang abadi. Aamiin.


Pestime aku mandikan mok aku. Rase sayu sangat. Duk teringat mase kecik, mok mandikan aku. Bila da besor sibuk dengan urusan masing2. Alhamdulillah berpeluang jaga mok walapun beberapa hari je aku cuti. 

Kawan2 tolong doakan mok aku cepat2 sihat dan sembuh seperti sediakala ye. Aamiiin


Continue Reading

Sunday, July 21, 2019

RAYA | RAYA AIDILFITRI 2019


#throwback

Alhamdulillah.. Allah masih panjangkan lagi usia aku tuk menikmati dan meraikan hari RAYA aidilfitri sama2 dengan keluarga tercinta.

Bila angka usia kau dah meningkat sedikit demi sedikit. Apa yang kau cari adalah kedamaian, kegembiraan dan juga kebahagiaan.

Raya kali ni aku happy dan bersyukur sangat. Masih dapat melihat dan beraya dengan mok dan we lagi. Mok we aku bukannye muda lagi., Tapi as long as mereka sihat, aku dah bersyukur sangat.

Tiap2 kali raye makanan yang wajib ade kat umah mok is ketupat dan jugak nasi minyak. Wajib dua ni. Rendang dan lain2 mok aku xpena buat sangat. Kalau ade pon skali skale jela. Hahaha. Simple je kan family aku. Makanan pon simple jgk.

Cuma kali ni adik ipar aku request nak masak rendang. So terjadi la rendang raye kali ni. Haha

Haa specialnye raye kali ni aku buat tapai sendiri. Satu kejayaan jugak buat diri sendiri. Dl nenek aku pakar buat tapai, Tapi sayang mok aku xleh wat. Tiap kali wat mesti xjadi. Harap2 aku dapat teruskan warisan nenek aku kali ni. 

Okaylah aku xnak cite pape dah. Aku nk letak gamba aku kat sini sebagai kenangan buat aku. Tapi ni jela gamba yang sempat aku simpan. Yang lain xleh nak selamat kan dah. Phone aku rosak. Sedih giler. Huhuhu.

Selamat Hari raye AIDILFITRI semua. Dah berlaku rayenye saje nk wish, gelenya kan  Haha. Mok n we, maafkan anakmu Dan halal kan segala makan minum anak mu ya. 


Semoga Allah jaga ke dua orang tuaku. 


Kebahagiaan sebenar melihat dyeorg happy

Mok, doakan kejayaan ha ye. 

Muahhh cikedd 💋

My hero dunia akhirat. Doakan anak mu ini terus berjaya Dan sentiasa dimurahkan rezeki seperti air terjun yang mengalir tanpa henti. Dan ha doakan Semoga mok dan we sihat sejahtera Dan sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t.

Okaylah itu saje..bye

#throwback
#raya2019
Continue Reading

Monday, December 28, 2015

My Nyawa

Assalamualaikum..

Ya Allah..2 3 minggu nie..Allah tarik nikmat lapang sekejap..mungkin ade hikmah atas apa yang berlaku. Disetiap rintangan dan dugaan yang kita hadapi, ALLAH da sediakan sesuatu yang indah buat diri kita.

Kadang2 terpikir, kenapa apa yang aku mintak ALLAH sering tangguhkan, kenapa apa yang aku mahu, seringkali tidak dimakbulkan...tapi ingat, ALLAH dah berjanji..disetiap luka dan kesedihan yang kita alami, ALLAH da sediakn sesuatu yang sangat indah. ALLAH mintak kita sabar skit je lagi..sebab apa, sebab ALLAH sangat suka kepada orang2 yang sabar.

Oohhh ALLAh, sering kali diri ini terluka..aku mohon padaMu KAU berikanlah kekuatan buat diriku dalam menempuh perjalanan hidup yang penuh dengan duri dan ranjau.

Ooohh ALLAH, tiada apa yang aku pinta, melainkan KAU peliharakanlah kedua ibubapa ku sebagaimana mereka memeliha dan menjaga aku sewaktu aku kecil.

Oohh ALLAH, KAU haramkanlah api neraka dari menyentuh kedua ibu bapaku.. KAU ampunkanlah segala dosa2 yang telah mereka lakukan. KAU berikanlah kesihatan yang baik yang berpanjangan  Ya ALLAH.

Amiinnn ya robbal Aalaminnn..

My nyawa.buah hati.pengarang jantung.
Kekasih abadi. My everything

Continue Reading