Tuesday, April 6, 2021

BEZA EMAS 916 DAN 999.9

Assalamualaikum..

Hari ni wanja nak share beza emas perhiasan (916) dan emas pelaburan (999.9). Wanja rase semua dah maklum pasal emas perhiasan kan. Dan emas ni sememangnya sinonim dengan kita terutama wanita. Sejak dari kecil sampai besar kita dah dicanangkan perihal emas perhiasan. Terutamanya waktu raya, wanita2 busy mencari gelang dan cincin untuk perhiasan yang bakal dipakai sewaktu raya. Malah ia juga menjadi item yang wajib dicari terutamanya untuk pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga.

Namun begitu, ade beberapa "point" yang kita mungkin tak tahu atau terlepas pandang tentang emas perhiasan jika dibandingkan dengan emas pelaburan. Jika beli sekadar untuk simpanan atau pelaburan, emas perhiasan tidak sesuai dan tidak berbaloi dari sudut harga. Kenapa saya cakap begini, sebab ade dikalangan kita (wanita dan lelaki) membeli/ menyimpan emas perhiasan sebagai pelaburan jangka masa panjang.

Sebab itu, sebelum membeli emas, kita kene tahu apa matlamat utama simpanan emas kita. Bagi emas jenis jongkong atau dinar (999.9) pula, ia sememangnya dibuat bertujuan untuk simpanan atau pelaburan.

Tapi saya pasti, ramai yang tak pernah tengok atau tak pernah tahu tentang emas jongkong dan dinar sebab dari kecil kita hanya dengan pasal emas perhiasan saja.

Mesti terbayang kalau emas jongkong ni pasti besar gedabak. Tapi itu hanya bayangan anda saja. Sebenarnya jongkong emas ada dari sekecil 0.5gram, bagi dinar ada sekecil setengah dinar (2.125gram).

Jongkong emas yang bersaiz kecil ada orang panggil Gold Wafer. Bagi dinar pula ada yang panggil syiling emas (gold coin).

Perbezaan antara emas perhiasan dengan jongkong atau dinar boleh rujuk pada gambar. Saya letakkan "point" perbezaan antara keduanya. Semoga bermanfaat.


Wan Zaleha Wan Ismail

Trusted Dealer Public Gold

Next
This is the most recent post.
Older Post

0 comments:

Post a Comment

Hai Assalamualaikum,

Thank you for your comment, please welcome back. =)