Pages

Sunday, December 6, 2015

Khasiat Air Putih

Assalamualaikum

Malam ni, wanza nak berkongsi kepentingan Air Putih dalam kehidupan seharian kita. Nampak air putih je, tapi tak sangka banyak pulak kelebihan ia. Wanza tiap2 hari paksa rela tau, minum air banyak2. Haaaa, hari nie da berapa liter korang minum? 

Nampak tak gambar botol air kat bawah tu, wanza sengaja beli botol air yang 2L punya, sebabnya wanza nie malas nak refill bagai. So, bila wanza da minumkan sebotol nie, wanza boleh tahu berapa kuantiti air yang wanza da minum untuk hari tersebut..mudahkan. So, wanza sarankan belilah botol air yang 2L punya, kalau Ade yang 3 Liter, lagi bagus.

Jom kita tengok apa kelebihan Air putih/ Air masak/ Air Suam.




1. Mengurangkan berat badan 
Air merupakan elemen yang sangat penting dalam membantu meningkatkan metabolisme/ tindak balas badan kita pada masa yang sama ia dapat mempercepatkan proses pembuangan lemak. Jadi gadis-gadis diluar sana, apa tunggu lagI, minum air banyak-banyak tau. Bagi badan kita sihat dan cergas sentiasa.

2. Meningkatkan Kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum adam serta hormon estrogen pada kaum hawa.

3. Melancarkan sistem percernaan
Saranan asas pakar perubatan dan pemakanan, jumlah kuantiti air putih yang seharusnya diamalkan ialah sekurang-kuranya 8-10 gelas atau 2L sehari untuk mengekalkan dan meningkatkan kesihatan. Kuantiti air yang banyak dapat melancarkan sistem pencernaan malah pada masa yang sama dapat mengelakkan masalah sembelit.

5. Kulit yang sihat dan cantik
 Pengambilan air putih yang banyak dapat membantu membaiki sel2 kulit dan menyebabkan kulit kelihatan cantik berserI. Tapi harus diingatkan pengambilaan air putih yang tidak konsisten tidak mampu merawat kulit malah boleh menyebabkan kulit kelihatan kering, berkedut serta tidak bermaya.

6. Mencegah kanser
Minum air sekurang-kurangnya 5 gelas sehari boleh mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45%, kanser payudara 79% dan kanser pundi kencing 50%. Walaupun ramai dikalangan kita mengetahui kepentingan airputih, namun tidak ramai diantara kita mengamalkannya kerana tidak ramai yang sanggup berulang alik ke tandas.

7. Tubuh lebih segar dan sihat.
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh sahaja tetapi ia merupakan zat yang sangat diperlukan oleh badan kita kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia. Kita mungkin dapat bertahan sekiranya tidak mengambil makanan selama beberapa hari, namun tubuh kita tidak mampu bertahan seandainya, kita tidak mengambil air untuk jangka masa tertentu.


Antara waktu-waktu yang sesuai untuk minum air masak/ air putih/ air suam


  • Minum 2 gelas air masak SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.
  • Minum segelas air masak 3 MINIT SEBEKUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuat perut lebih bersedia memberi ruang untuk makanan.
  • Minum segelas air masak SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah da mengurangkan tekanan darah.
  • Minum segelas air masak SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan strok dan terkena sakit jantung ketika tidur.

Oke, selamat beramal dan selamat minum air secukupnya ya.

7 comments:

  1. Replies
    1. Hehe, kak long mesti minum air 2L air setiap hari

      25kg = 1Liter

      Pernah dengar sal info nie, kalau salah tolong betolkan :)

      Delete
  2. nice info.. tapi selalu x berjaya capai target.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee.>>sis cuba kuatkan diri paksa diri minum banayK2..saya pon kadang2 termiss juga..hee. :)

      Delete
  3. Replies
    1. Wahh bagusnya..kene follow nie. hehe :)

      Delete