Saturday, April 18, 2020

LANGKAH PENCEGAHAN COVID-19

Assalamualaikum dan Salaam sejahtera semua ❤️

Alhamdulillah, hari ni hari ke 5 sejak PKP fasa ketiga dilaksanakan. Dan dari pemerhatian dan statistik yang ditunjukkan oleh KKM, bilangan kes baru sejak 3 hari berturut2 menunjukkan kadar penurunan yang positif jika dibandingkan dengan hari2 sebelumnya.

Dan semalam, 15 April 2020, sabtu menunjukkan kadar bilangan kes baharu yang paling rendah sejak penularan Covid-19 di negara kita.

Alhamdulillah dan tahniah kepada semua rakyat Malaysia kerana bertanggungjawab dalam mematuhi pelaksanaan yang telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Perdana Menteri kita.
Syabas buat kita semua.

Hari ni aku nak kongsi langkah-langkah pencegahan yang disarankan oleh KKM dalam membendung penularan Covid-19.

Kredit: KKM

  1. Kerap mencuci tangan dengan sabun sekurang-kurangnya 20 saat setiap basuhan. 
  2. Elak menyentuh mata, hidung dan mulut dengan tangan yang belum dicuci. 
  3. Cuci tangan terutamanya selepas batuk, bersin, sebelum dan selepas ke tandas, sebelum makan atau menyediakan makanan. 
  4. Duduk dirumah sekiranya anak sakit.
  5. Kekalkan jarak sosial (social distancing) sebanyak 1-1.5 meter.
  6. Tutup mulut dengan tisu ketika batuk/bersin. Buangkan tisu tersebut kedalam tong sampah. 
  7. Pastikan sentiasa "sanitise" or basuh barang yang dibeli, diterima dari Pejabat Pos, Jnt, Gdex, dan sebagainye. 
  8. Sentiasa bawa hand sanitizer didalam poket sebagai langkah pencegahan seandianye tiada air dikawasn tersebut.
Dan aku nak kongsi kan 7 langkah pencuci an tangan yang lebih efektif. Uols boleh rujuk seperti dalam gambar dibawah. 


Kredit : KKM

Semoga Allah hilangkan penyakit Covid-19 dari negara kita dan semoga Allah jaga kita, keluarga kita, keturunan kita, sahabat2 kita dari segala perkara yang memudaratkan. 

#kitajagakita
#stayathome
#kitapastiboleh

Salaam sayang
Aku!
Wan Zaleha

0 comments:

Post a Comment

Hai Assalamualaikum,

Thank you for your comment, please welcome back. =)