Saturday, April 18, 2020

MEMILIH ATAU TAK? πŸ€”

Roti ni kalau dia panas2, dia sangat lembut  dan sangat sedap dimakan. Tapi bila dia sejuk, dia akan jadi keras, so aku tak suka.

Sebab tu, tiap kali dapat panas2, aku terus makan. Untuk pengetahuan semua, sejak duk Johor ni makanan aku sangat berbeza dengan makanan kat Ganu.

Antara makanan yg aku tak penah makan kat Ganu ialah lontong berkuah dan kering, goreng pisang dan ubi Cicah kicap, tauhu begedil, tempe dan banyak lagi yang aku tak penah makan kat Ganu tapi aku makan kat sini dengan jayanye.

So aku bersetuju sangat dgn pepatah ni

*masuk kandang harimau mengaum
*masuk kandang  kambing mengembek
*masuk kandang lembu mengemoooo

Dan bila kau boleh masuk semua makanan kat mane2 negeri, ketahuilah berat badan kau pon cepat sangat naik 🀣🀣🀣🀣🀣🀣

Orang Ganu kate gini je
"Mu ni tolok kayu n batu je,
Hok lain boleh makan lake"
Tak memilih sungguh. 😍

Kepada bakal laki aku
Tak kira negeri mane
Aku boleh telan semua makanan. Untung uols tau. 🀣🀣🀣🀣🀣

Tapi roti ni name ape eh. πŸ€”

0 comments:

Post a Comment

Hai Assalamualaikum,

Thank you for your comment, please welcome back. =)