Assalamualaikum, hai uols..
Pena tak rase macam serabut sangat. Hati tak tenang, resah dan gelisah tak tahu punca. Bila otak serabut mula la pikir yang pelik2.
Bila fikir yang pelik2, otak tak fokus. Pegi keje pon tak bermaya, tak komited dalam tugasan. Nak buat lain, lain pulak yang jadinye.
Yesss hati aku tak tenang. Bukan setiap masa ALLAH hadirkan rase tenang dan gembira kan. Kalau dapat 2 perkara tu ALLAH sahaja yang tahu. Nikmat yang tak dapat dijual beli walaupun kau ade duit berjuta2 dalam akaun kan.
So berbalik kepada topik hari ni, masalah yang ade dalam kepala otak, hati yang resah dan bermacam2 dalam pemikiran membuatkan aku diamkan diri buat seketika. Aku delete semua nombor2 kenalan. Aku jauhkan diri aku dari social media almost 2 3 bulan. Tapi masih tak hilang. still rase kelaut dalam.
Dan hari ni, aku berdoa ya ALLAH kau hilangkan rase gundah gulana ini. Kau berikan ketenangan dan kedamaian buat hati kecil ini. Dan kau leraikan segala kesulitan yang aku alami. Dan hari ini , aku tergerak hati nak baca 11kali surah ALFATIHAH untuk diri sendiri. Aku letak kat sini, supaya bila uols baca nukilan aku, uols leh baca sekali surah ni.
Terima kasih YA ALLAH. Gais kalau uols ade masalah, cuba la baca ALFATIHAH 11kali dan sedekahkan kepada diri sendiri. Hadiahkan kepada diri sendiri. Terima Kasih ALLAH untuk ujian ini.
ALFATIHAH KEPADA WAN ZALEHA WAN ISMAIL