Tuesday, July 30, 2019

ULSER | PUNCA ULSER MULUT

Few days ni aku rasa tak de idea la nak menulis. Yela bila bibir kau tengah bengkak gara2 ulser memang mood pon mula la pegi mane2. Nak bercakap pon malas, nak makan minum pon jadi payah. Part yang paling sakit bilamana kau nak gosok gigi. Aduhhh sakit woooo..haha 

Korang mesti pernah terkena jugak dengan ulser ni kan. Disebabkan aku stress dengan mende alah ni. Aku search la penyebab/punca/faktor yang menyebabkan berlakunya ulser. Ada jugak sesetengah orang kita panggil ulser ni dengan MATA IKAN. Bagi aku kau nak panggil gajah ke ape ke, suka hati kau lah tapi yang pasti bila dah terkena tu, mau seminggu  dua gak la nak sembuh. 


pic : ihsan en google

Gambar yang aku tunjuk kat sini sebijik sama dengan apa yang aku alami sekarang. Tapi aku punye ulser ni lebih besar kalau nak dibandingkan dengan gamba diatas. Betul2 plak tu dekat dengan gigi plus dipermukaan bibir, menyirap betul bila teringat sebab apa ulser dalam mulut aku ni ada.

Nak dipendekkan cite, sebenarnye aku tergigit bibir bawah mase aku menikmati makan malam dengan keluarga aku. Lepas tergigit tu kan, aku dah rase dah darah mengalir kat bibir. Memang dah agak la sebenarnye jadi ulser, tapi yang aku rase geram sebab dah hampir seminggu tak hilang2 lagi.

Aku terbaca dan terjumpa perkongsian tentang punca2 yang menyebabkan ulser dari laman Facebook milik Dr Ezairy Korang boleh tengok facebook Dr Ezairy, banyak sangat info dan ilmu yang bermanfaat dia share.


Penyebab/ Punca/Faktor yang menyebabkan berlakunya ulser.

1. Stress
2. Jangkitan Virus
3. Perubahan hormon
4. Faktor genetik dan keluarga
5. Penjagaan dalam mulut yang kurang baik 'Poor oral hygiene'
6. Luka akibat trauma daripada proses mengunyah atau memberus gigi
7. Kekurangan vitamin seperti vitamin B, C dan E
8. Sesetengah jenis ubat.

Menurut saranan Dr Ezairy, sekiranya dalam mase 3 minggu ulser masih lagi tidak menunjukkan perubahan yan positif, mohon dapatkan pemeriksaan doktor tuk dapatkan rawatan yang segera.

Kalau ikot petua orang2 lama, letak garam dalam ulser tu. Tapi aku memang tak la nak buatnye. Tak sanggup nak rase kepedihan dia. Ni jela ubat yang aku biasa letak. At least, rase sakit tu kurang la sedikit nak2 time kau nak makan. Tapi rase ubat tu buat aku tak selesa sangat la. Dia rase macam payau2 sedikit.  



So, aku nak pesan skit jela, sekarang ni musim panas. So better korang minum air mineral/ kosong secukupnya. Jaga kesihatan elok2. Yela semua benda kat badan kita nak guna lama. Kalau kita tak sayang diri kita, sape lagi yang nak sayang.

okaylah, aku nak stop sini dulu. Segala maklumat mengenai info2 kesihatan dan sebagainya korang boleh la rujuk dari facebook Dr Ezairy, aku dah letak siap2 link dia buat rujukan semua orang. 

Assalamualaikum.



0 comments:

Post a Comment

Hai Assalamualaikum,

Thank you for your comment, please welcome back. =)