Sunday, April 12, 2020

APA ITU COVID-19?

Apa itu COVID-19? Apa yang korang tau sal COVID-19? meh aku share ye.

COVID-19 atau Coronavirus (Cov) adalah famili virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari selesema hingga ke penyakit lebih teruk seperti MERS-CoV dan SARS-Cov.

Virus ini ditemui di Bandaraya Wuhan, iaitu satu kawasan dalam daerah Hubei, China pada pertengahan Disember 2019. Ekoran ianya berlaku pada tahun 2019, nama Covid-19 ini diambil sempena tahun ia ditemui.

Sehingga kini, tiada lagi penemuan vaksin yang berjaya ditemui untuk membunuh virus ini. Setakat 13 April 2020, sebanyak 1,853, 155 jumlah penduduk yang telah dijangkiti, manakala sebanyak 114,247 orang yang telah meninggal dunia akibat daripada virus COVID-19.

Coronavirus COVID-19 telah menjejaskan 210 negara dan wilayah di seluruh dunia. Dan Negara yang paling teruk terjejas ekoran COVID-19 adalah negara-negara Eropah seperti USA, Spain, Italy, France, Germany dan UK. Semak disini untuk info yang lebih lanjut. (https://www.worldometers.info/coronavirus/)



Gejala yang boleh dilihat akibat virus COVID-19 ialah, individu tersebut sering demam dengan suhu badan 37.5 celcius dan keatas, sakit badan terutamanya bahagian sendi, pening kepala, batuk yang tiada henti, dan mempunyai kesukaran bernafas. 

Sekiranya korang mempunyai gejala2 yang dinyatakan seperti diatas, tindakan proaktif harus dilakukan untuk mengelakkan kesihatan korang terjejas dengan lebih teruk. Papepon, aku bersyukur kerana negara kita, Malaysia telah melakukan satu tindakan agresif untuk membendung penularan yang lebih teruk.

Jadi, korang hanya perlu duduk dirumah, jaga jarak sesama sendiri sebanyak 1-2 meter, dan pastikan korang melakukan aktiviti yang sihat sepanjang Perintah Pengawalan Berkurung(PKP) dilaksanakan. Dan minggu ini adalah PKP fasa ke tiga yang telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia dalam membendung penularan yang lebih serius. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, ayuh kita sama2 membantu memhentikan penyebaran virus COVID-19 dengan mematuhi perintah dan nasihat daripada kerajaan dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia.

#stayathome
#kitajagakita
#Movementcontrolorder






0 comments:

Post a Comment

Hai Assalamualaikum,

Thank you for your comment, please welcome back. =)