KEK BATIK MOIST
Hai uols, hari ni aku nak share satu resepi baikk punye. Aku da try kek batik crunchy sebelum ni. Tapi kali ni agak berbeza sangat tau. Dia punye moist tu memang xleh bawak berbincang dah.
Aku dapat resepi ni dari pada Puan Surianti Kicthen. Serius talk, aku suka follow ig Puan Suri ni. Sebab resepi yang dia ajar mudah Dan simple kot.
Kalau nak bandingkan dengan ape yang aku pena buat Sebelum ni lebih kurang same je. Tapi Puan Seri tambah satu bahan lg yg buatkan dia lebih moist gittew..
Resepi ni memang resepi dari Puan Seri, aku xedit pape pon. Niat dihati nak tambah telor dalam kek batik, tp aku takut rase dia jadi lain.
So, aku buat cara yang ni dulu. Haha, bahan2 dan resepi seperti dibawah ye.
Bahan2
250g butter cup
200g susu pekat manis
200g milo
20g serbuk koko
300g biskut merie
125ml air panas
Cara2
1.Cairkan mentega didalam kuali/periuk letrik.
2. Bila da cair, masukkan susu pekat manis sebanyk 200gram. Rase dia da nice sangat. Tak manis sangat. Memang best. Tapi if korang pencinta kemanisan, letak lebih pon takpe. Terpulang la tekak korang suka ye
3. Untuk elakkan milo (200g) dan serbuk koko (20g) tu berketul2, aku Cairkan dulu dengan air panas tersebut (125ml).
4. Selepas bahan2 dah larut, kau masukkan larutan milo n koko ke dalam kuali. Kacau la semaksimum mungkin.
5. Lepas dah bunyi blurp2, macam ade buih2 gitu, korang masukkan biskut merie.
6. Pastikan tutup api ye. Then masukkan dalam bekas.
7. Biarkan semalaman didalam peti dan siappp. Enjoy!!
Ni la kek batik yang aku wat tu. Nampak tak moist dia tu.
Selamat menCuba ye. Aku gerenti korang pasti suka. Moist lembut macam kek coklat rase dia tau.
0 comments:
Post a Comment
Hai Assalamualaikum,
Thank you for your comment, please welcome back. =)