Assalamualaikum semua.. korang dah tak sabar ke nak beraya kali ni?. Aku pon sama, hihi.. tapi kali ni sedikit terkilan sebab mok aku masih dalam keadaan yang kurang sihat lagi. Tapi papepun, In shaa Allah, aku harap segalanya berjalan dengan lancar. Aku pun dah tak sabar nak gerak balik ke kampung Terengganu sat lagi.. Yahooo..
Seperti yang kita sedia maklum, tiap kali tibanya perayaan Aidilfitri dan Aidiladha, seluruh umat islam disyariatkan untuk mengerjakan solat sunat hari raya sebanyak dua rakaat. Dan untuk pengetahuan korang hukum menunaikan Solat Hari Raya adalah Sunat Muakkadah (yang dituntut).
So, kali ni aku nak share tatacara mengerjakan Solat Hari Raya untuk kita semua. Korang perasan tak? sebelum menunaikan Solat Hari Raya, Imam masjid mesti memberi info tentang tatacara menunaikan Solat Hari Raya kan.
Kat kampung aku, memang dah menjadi kebiasaan, imam memberi info sebelum solat supaya makmum boleh membuat persediaan dan dapat menunaikan solat dengan lebih khusyuk. In shaa Allah.
So, korang boleh lah rujuk dibawah ringkasan tatacara mengerjakan Solat Hari Raya :
Rakaat Pertama
1. Berniat didalam hati untuk mengerjakan solat Hari Raya Aidilfitri/ Aidiladha
2. Takbiratul Ihram
3. Doa Iftitah
4. Takbir Tujuh Kali dan diselangi dengan membaca zikir ("Subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar" ) Sebanyak enam kali
5. Membaca surah al-Fatihah
6. Membaca surah al-Quran
7. Rukuk
8. Iktidal
9. Sujud
10. Duduk antara dua sujud
11. Sujud kali kedua
12. Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1. Takbir lima kali dan diselangi membaca zikir seperti ("Subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar" ) Sebanyak empat kali
2. Membaca surah al-Fatihah
3. Membaca surah al-Quran
4. Rukuk
5. Iktidal
6. Sujud
7. Duduk antara dua sujud
8. Sujud kali kedua
9. Duduk untuk tahiyyat akhir
10. Memberi salam ke kanan dan ke kiri
Selepas selesai solat, jangan lupa dengar khutbah dulu ye. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat korang semua. Okay bye, aku gerak dulu :)
0 comments:
Post a Comment
Hai Assalamualaikum,
Thank you for your comment, please welcome back. =)