Wednesday, August 21, 2019

Raya Aidiladha 2019

Assalamualaikum..

Hai uols buat apa tu? Raya dah habis da kan, tapi aku still nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua yang beragama islam. So, cane raya korang kali ni? Alhamdulillah, kat kampung aku semua berjalan dengan lancar. Sempat la aku tengok lembu yang dikorbankan pada hari tersebut. Saje nak amik feel raya tu. hihi

sebelum orang sembelih lembu, aku duk posing sini dulu. Amik feel.

Bawak anak2 buah skali mai tengok sembelihan lembu. Sebelum berlangsungnya. Nasib semua melayan Mak Lang. Nanti bila kamu2 da besar, Mak Lang share momen2 ni dengan kamu semua ye.

Comey je yusuf duk atas tok We. Muka nak nanges ke tu?. Geram la mak lang dengan awak yusuf. Rase nak cubit pipi tu tau.

Pak cik2 ni semua gigih nak tumbangkan lembu ni tau. Dia punya agresif boleh tahan plak tu. Bila da rebah macam ni helok plak dia diam gitu. Mungkin dia tahu agaknya.

Lepas dah sembelih, pak cik2, abang Ipar dan adik aku gigih melapah kulit lembu ni. ALhamdulillah semuanya dipermudahkan. Aku buat ape je? hahah aku  datang tuk mengimarahkan majlis je. Kita bagi geng2 laki jela yang wat keje ye. hihi

Bila da siap semua urusan. Petang dalam jam 5ptg aku ke lapangan Terbang Kuala Terengganu untuk hantar adik pulang ke Puchong. Tiap kali Raya aku sarankan uols naik flight la. Jalan jem woiiii. Tak bergerak. Akak aku balik kampung tengah hari before raya, Pagi Raya baru dia sampai umah. Aduhhh jem teruk giler kali ni.

Alhamdulillah nasib baik aku punye jem tak teruk sangat. Walaupun hampir 10 jam lebih, still boleh manage lagi. Penat kaki aku tekan brek, tapi demi nak jumpa cinta hati kat umah kan, ku gigih jua.

Gamba sekeping mane nak cukup bagi aku. Sambung lak kat sini, kredit to my brother. Gigih dia amik. hahahah layan jela kakak hang ni dik oi. 

Bawak budak ni la pegi Airport. Dia da nak balik dah, dia nak tinggal mak lang dah.

Sebelum adik gerak pergi, kami sempat snap pic same2. Mok aku tak follow kali ni, dia jaga umah takut ade yang nak datang. So kami berempat jela yang pegi.

Ini gamba hari raya ke dua, berjubah jugak. Malas nak pakai baju kurung. Ni pon pakai lawa2 sebab ade tetamu yang nak datang. Kalau tak baju tshirt seluar trek jela. Duk umah pakai mane yang selesa je.

Bergamba dengan mak dan anak2 menakan. Comeykan mak kita. <3

Okaylah sampai disini dahulu ye. Sekian, bye2.


















Continue Reading

Thursday, August 8, 2019

Tatacara Mengerjakan Solat Hari Raya

Assalamualaikum semua.. korang dah tak sabar ke nak  beraya kali ni?. Aku pon sama, hihi.. tapi kali ni sedikit terkilan sebab mok aku masih dalam keadaan yang kurang sihat lagi. Tapi papepun, In shaa Allah, aku harap segalanya berjalan dengan lancar. Aku pun dah tak sabar nak gerak balik ke kampung Terengganu sat lagi.. Yahooo..

Seperti yang kita sedia maklum, tiap kali tibanya perayaan Aidilfitri dan Aidiladha, seluruh umat islam disyariatkan untuk mengerjakan solat sunat hari raya sebanyak dua rakaat. Dan untuk pengetahuan korang hukum menunaikan Solat Hari Raya adalah Sunat Muakkadah (yang dituntut).

So, kali ni aku nak share tatacara mengerjakan Solat Hari Raya untuk kita semua. Korang perasan tak? sebelum menunaikan Solat Hari Raya, Imam masjid mesti memberi info tentang tatacara menunaikan Solat Hari Raya kan.

Kat kampung aku, memang dah menjadi kebiasaan, imam memberi info sebelum solat supaya makmum boleh membuat persediaan dan dapat menunaikan solat dengan lebih khusyuk. In shaa Allah.

So, korang boleh lah rujuk dibawah ringkasan tatacara mengerjakan Solat Hari Raya :




Rakaat Pertama
1. Berniat didalam hati untuk mengerjakan solat Hari Raya Aidilfitri/ Aidiladha
2. Takbiratul Ihram
3. Doa Iftitah
4. Takbir Tujuh Kali dan diselangi dengan membaca zikir ("Subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar" ) Sebanyak enam kali
5. Membaca surah al-Fatihah
6. Membaca surah al-Quran
7. Rukuk
8. Iktidal
9. Sujud
10. Duduk antara dua sujud
11. Sujud kali kedua
12. Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua

1. Takbir lima kali dan diselangi membaca zikir seperti ("Subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar" ) Sebanyak empat kali
2. Membaca surah al-Fatihah
3. Membaca surah al-Quran
4. Rukuk
5. Iktidal
6. Sujud
7. Duduk antara dua sujud
8. Sujud kali kedua
9. Duduk untuk tahiyyat akhir
10. Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Selepas selesai solat, jangan lupa dengar khutbah dulu ye. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat korang semua. Okay bye, aku gerak dulu :)




Continue Reading

Wednesday, August 7, 2019

Kek Batik Simple

Malam ni aku buat kek batik lagi.. Ni kes member ofis mengidam nak makan oiii. Kalah orang mengandung..

Resepi aku dah penah post sebelum ni. Kau search je RESEPI Kek Batik.. Aaagittchuuu. Yela2 dah tau malas nak search kan. Aku letak siap2 link if korang nak try resepi aku ni. Lebih kurang same je dengan kek batik yang orang lain buat. Tapi bezanye aku letak serbuk koko. Ntah nak bagi dia rase MIKO = milo + koko.

Aku rase banyak2 kek, kek ni la yang paling mudah ringkas dan cepat. Kau tak yah guna oven, kau xperlu masak berjam2, kau Sap2 soi je...eh dahh siap. Haaa gittewww.

Aku share sikit jela kali ni gamba yang aku sempat amik. Hihi


Haha.. Ni jela yg sempat aku amikk. 


Taraaa dah siap pon kek batik orang bujang #versiwanja #dapurwanja

Semoga kawan aku ni berpuas hati la ya. Okay lah bye! 

Continue Reading

Tuesday, August 6, 2019

Shuhaidasaad.com 3rd Giveaway

Assalamualaikum...

Hai semua, sekejap je mase berlalu kan, pejam celik pejam celik dah masuk bulan 8 dah. Sempena bulan kelahiran Shu, jom laa kita ramai2 join giveaway dari Shu ni. 

Hadiah yang dikasi pon sangat osem dan menarik. Siapa yang nak join giveaway ni, uol boleh la klik kat gambar ye.


Tapi uols kene follo terma dan syarat dia tau. Alah2 simple sangat aih syarat yang Shu ni bg. Senang je. Btw, good luck semua ye. 
Continue Reading

Friday, August 2, 2019

LIRIK | KEMARIN BY SEVENTEEN

Hari ni hati aku rasa sayu sangat. Ngam2 plak bila aku bukak utube, lagu ni yang muncul. Hahaha.. So aku dedicate lagu ni tuk diri sendiri. Haaa gittew.


Kemarin engkau masih ade disini
Bersamaku menikmati rasa ini
Berarap semua takkan pernah berakhir
Bersamamu bersamamu,

Kemarin dunia terlihat sangat indah
Dan denganmu merasakan ini semua
Melewati hitam putih hidup ini
Bersamamu bersamamu.

Kini sendiri disini
Mencarimu tak tahu dimana
Semoga tenang kau disana
Selamanya.

Aku selalu mengingatmu
Doakan mu setiap malamku
Semoga tenang kau disana
Selamanya.

*Music

Oooooo...Ooooo
Kini Sendiri disini
Mencarimu tak tahu dimana
Semoga tenang kau disana
Selamanya. 

Aku selalu mengingatmu
Doakan mu setiap malamku
Semoga tenang kau disana
Selamanya
Ooooo wooooooo




Continue Reading

Thursday, August 1, 2019

First Giveaway by Anis & Beeha




Assalamualaikum wbt..

Dah lame sangat tak join Giveaway daripada geng2 blogger. Aku stop blogging tahun 2016, then 2019 baru nak start aktif semula. hihi. Hampir 3 tahun dah tinggal dunia blog. So, bila ternampak Cik Beeha buat GA, rase terpanggil la nak join, nak memeriahkan dunia blog sambil2 boleh tambah kenalan.

So, korang yang belom join, sempat lagi aih nak join. tarik tutup penyertaan besok tau 3/8, jangan lupa plak. Alah syarat2 penyertaan pon tak susah pon. Ikot je syarat2 yang ditetapkan dan korang boleh join dengan senang hati. Aku dah follow semua syarat tu, moga2 ade rezeki.

Psttt, dia punye hadiah menarik tau, kot2 la rezeki korang dapat. Aku ucapkan Good Luck kepada yang dah join ye. Korang klik je banner tuk join GA dari Cik Beeha dan Anis. hehe


Continue Reading

OREN | MANIS OR MASAM

Selama aku hidup aku tak penah tau cane nak cari buah oren yang manis ka, tawar ka, masam ka. Aku memang tak tahu dan tak penah nak amik tahu. Hahahah

Jadinya tiap kali makan buah oren, kira atas nasib jela, Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Haaa gittew. dah nape tibe2 ngan aku ni. haha. Okay abaikan!

So, hari ni aku keluar la waktu lunch pegi ECON SAVE MALL semata2 nak pi beli barang mandian.  Biasala kan bila kau masuk mall, kau memang tak kan tuju satu tempat punye la. Habis satu mall kau duk pusing..an an an.. 

Sambil duk cari2 barang, tibe2 aku ternampak sebakul buah oren sebijik macam gamba dibawah, tapi lebih banyak la.


Pic : ihsan Mr google

Bila aku tengok buah oren yang belubang ni terus aku teringat kat Cik Epal. Sape yang follow Ig dia n laki dia mesti tahu pasal ni. 

So, nak dijadikan cite dalam Ig story Cik Epal beliau ade mention, kalau nak tahu buah oren tu manis ka masam kau pilih bontot oren berlubang wakakakka. tegelakkk aku. hahaha.....

So, dah alang2 nampak, ape lagi terus aku amik buah oren ni,.aku amik yg berlubang je tau. Satu biji buah oren ni Rm 1.65, tak tahu la mahal ke murah..hihi. Boleh tahan besar2 gak buah oren kat sini.


Nilah hasil bontot belubang yang aku dapat tu. Seplastik jugak aku beli. Tak sabar plak aku nak rase. Teruja kata kan. Pastu aku tengok la komen2 kat ig dyeorang., geng2 yg dah beli mostlynye cakap manis. Tips lebih manis, kau cari lubang yang lebih besar. So, malam tadi aku makan la buah oren ni. Kau potong la cane pon asallkan boleh makan. haha.



So, bila aku dah makan, bagi aku biasa jela..hahaha. Nak kata manis sangat tu tak de la manis leting ting ting. Tapi nak kata masam pon tak juga. Kategori sedang2 jela. Tapi kakak aku kata, buah yang dia beli memang manis. Hahahah mungkin deria rase aku ni tak sama ngan korang. So, kalau korang nak beli oren yang manis, boleh cuba tips dr cik epal. 

Kalau nak share manfaat buah oren ni memang tak cukup tangan aku nak menaip. Korang nak tahu, korang gugel sendiri je ea. hihi.





































Continue Reading