Breaking

Monday, July 22, 2019

MOK | Doakan Mok aku sihat 🤲

Pagi tadi aku dapat berita dari kakak, mok aku jatuh, mase aku dapat berita rase macam kejung jap. Tak tahu nak cakap apa. Allah.. Allah.. Allah.. tu je yang mampu aku ucap.

Hati dah berdebar2 xyah cite la. Sies rase nak nanges, Tapi aku tahan je. Dalam hati aku berdoa mok aku sihat, tak de pape2 kecederaan yang serius.

Lepas sampai ofis., terus aku mintak tolong hantar aku ke kete. Pagi tu jugak aku balik kampung. Tak pikir pape dah. Yang pasti aku nak sampai umah, nak tengok keadaan mok aku je.


Aku rase selama aku drive dari Johor ni ade la amik mase dalam 7-10 Jam. Tapi kali ni aku pecah rekod. Dalam 5 jam lebih je aku dah sampai umah.

Sampai2 je terus cari mok. Keadaan mok masih lesu tak bermaya. Nampak muka mok duk menahan sakit.

Lepas dah tidur dan rehat petang tadi. Mok aku dah makin segar. Alhamdulillah ya Allah. Alhamdulillah.

Tu je yang mampu aku ucap. Akibat dari jatuh pagi tadi, pergelangan tangan mok aku patah. Alhamdulillah, mok dah okay.  Boleh berjalan macam biasa. Allah nak mok rehat dari buat kerja. Doktor dah simen siap2 dah. Bila tengok mok aku bercakap sambil senyum2 rase lega sangat.

Ya Allah kau pelihara dan lindungilah orang tuaku. Lindungilah mereka dari segala kemudaratan dan segala kecelakaan. Berilah mereka kesihatan baik dan kesejahteraan yang abadi. Aamiin.


Pestime aku mandikan mok aku. Rase sayu sangat. Duk teringat mase kecik, mok mandikan aku. Bila da besor sibuk dengan urusan masing2. Alhamdulillah berpeluang jaga mok walapun beberapa hari je aku cuti. 

Kawan2 tolong doakan mok aku cepat2 sihat dan sembuh seperti sediakala ye. Aamiiin


2 comments:

  1. Allah.. Dugaan dan ujian buat wan dan keluarga..
    semoga Mok wan diberi kesembuhan.. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiiin thank you sha atas doa tersebut. aamiiin ya rabbal alaamin.

      Delete

Hai Assalamualaikum,

Thank you for your comment, please welcome back. =)