Alhamdulillah, mok is getting better. Even tangan kiri dia xleh gerak lagi. Tapi mok dah semakin sihat. Sambil2 jaga mok, bila ade kesempatan aku nak try la sesuatu.
Memandangkan roti pon dah nak expired, Tibe2 dapat idea nak wat PUDING roti. Yuhuuuu. Ayuhh jom ikot aku berpuding petang ni yok. 😂
Bahan2 yang korang perlu ade
- susu cair 1 tin
- roti keeping (2-3 kpg)
-Agar2 10gm
-gula 1 cawan
- planta/margerin 1 Sb
- sirap/pewarna (aku pilih kaler merah)
-air kosong 3 cawan
Step 1 : masukkan 3 keping roti (buang bahagian tepi), carik2kan roti tu. Then, korang masukkan susu cair. Kasi blender ini bahan sampai sekata.
Haa bila da hancur begini. Baru la puas hati. Uols leh tapis or tak bahan ni b4 masukkan dalam periuk.
Tapi sebab aku malas, aku tak tapiskan pon.
Step 2 : masakkan Agar2 kering tu sehingga hancur tau. Air aku sukat 3 cawan je.
Lepas dah hancur Agar2 tu, uols leh la masukkan gula secawan. Kalau rase nak manis lagi boleh je nak masukkan betapa banyak yang uols mahu.
Disebabkan aku bukan kategori yang suka manis sangat, bagi aku secawan tu dah enough dah.
Lepas dah sekata, uols campurkan bahan dari Step 1 ke dalam periuk ni ye.
Kacau je sampai dia menggelegak. Penat skit jela. Hahaha
Bila dah menggelegak, aku masukkan 1 sudu besar planta ke dalam masakan tadi. Nak bgi dia rase lemak2 gittew. Benda ni tak wajib pon. Nak letak boleh xnak letak pon boleh. Terserah la. PUDING kau bukan PUDING aku. Haha
Bila dah nampak pekat sedikit, aku asingkan bahan tadi kedalam 2 bekas. Satu aku letak pewarna merah, satu lagi aku xletak pon. Amik je yg original colour dia.
Yang bawah ni aku x campurkan mane2 kaler ye.
Bila dah ready, jom la letak dalam bekas. Aku tuang yang xde kaler dl diikuti ngan warna pink. Letak bergilir sampai habis.
Aku bajet result dia lebih cantik. Skali ni je Rupa dia. Hahqhha. Takpe lah. Nak wat cane kan.
Bila da habis tuang semua. Letak PUDING roti kedalam peti selama beberapa jam. Tapi aku ni jenis yang tak nyempat2. Bila dah keras je, terus aku ngap.
Selamat menCuba. Dah Cuba meh la komen kat sini ye.✌️
Nak share, 'nak guna resepi silakan 🤗
#pudingrotiviral
#pudingrotisimple
#dapurwan
#pudingrotisimple
#dapurwan
#dapurorangbujang
dulu sy mmg rajin buat puding ni tp skrg dah mls😆
ReplyDeleteHahaha.nie pon berlaku time rajin je ni. Hahaha.
Delete